• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

32 Tukang Cuci Warga Asing Ditahan Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan seramai 32 tukang cuci warganegara asing dalam ‘Ops Ikrar’ di sebuah hospital di sini, pada Khamis. Jurucakap JIM Pulau Pinang berkata mereka termasuk empat wanita ditahan dalam operasi itu, yang bermula 10 pagi, kerana tidak mempunyai dokumen sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati 28 lelaki rakyat Bangladesh dan empat wanita Indonesia yang berusia 25 hingga 40 tahun gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri dan permit kerja,” katanya di sini, hari ini.

Dalam operasi sama, JIM Pulau Pinang turut melakukan pemeriksaan di lapan rumah dan restoran di sekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang sebelum menahan 10 warga asing termasuk dua kanak-kanak.
Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada lapan warganegara Indonesia termasuk masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan, serta seorang lelaki India dan seorang lelaki Mesir.

Jurucakap jabatan itu berkata mereka yang berusia tiga tahun hingga 45 tahun ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa selain menyalah guna pas lawatan sosial.

Dalam operasi berasingan di empat tapak pembinaan di sekitar George Town semalam, JIM Pulau Pinang memeriksa seramai 78 warganegara asing sebelum menahan 24 orang daripadanya.

“Dalam operasi bersepadu bersama polis dan Jabatan Pendaftaran Negara, seramai 24 warga asing terdiri daripada 14 lelaki Bangladesh, lapan warga Indonesia termasuk seorang wanita dan dua lelaki Myanmar ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri,” katanya.

Semua warga asing yang ditahan dalam dua operasi itu dibawa ke pejabat JIM Pulau Pinang untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depot Tahanan Juru bagi siasatan lanjut.

Operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kehadiran warga asing tanpa dokumen di Pulau Pinang, kata jurucakap itu. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd