Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Cipta Replika Kapal Terbang...

IDEA menghasilkan replika kapal terbang perang yang diberi nama “zero fighter” tercetus secara...

BNM Keluarkan Wang Kertas...

KUALA LUMPUR - Sebagai tanda ingatan dan penghormatan terhadap sumbangan Majlis Raja-Raja bagi...

Pratempahan Galaxy S8 Bermula...

SAMSUNG hari ini mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaharunya, Galaxy S8 dengan reka bentuk...

Tips Genius Buat Lelaki...

PASTINYA apabila tiba sahaja musim perayaan, para suami tidak dapat lari daripada menemani...

25 Pelajar SMA Maahad Ahmadi Terselamat

TANAH MERAH – Seramai 25 pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Ahmadi, Kampung Padang Siam di sini, terselamat selepas sebuah rumah sewa yang dijadikan asrama pelajar terbabit musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Seorang pelajar Norfadhilah Amran, 18, berkata kejadian tersebut berlaku pada pukul 4.30 pagi ketika dia dan dua pelajar sedang tidur di ruang tamu asrama berkenaan manakala baki pelajar lain tidur di enam bilik berasingan.

“Saya tersedar selepas terdengar bunyi beberapa letupan kecil di dapur asrama sebelum melihat api sedang marak membakar bahagian dapur. Saya terus mengejutkan pelajar lain untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.

Seorang lagi pelajar, Nuradriana Muhammad Zulkifli, 18, yang masih trauma dengan kejadian itu berkata dia gagal menyelamatkan keperluan sekolah termasuk buku, pakaian dan dokumen penting yang lain.

“Api marak dengan begitu cepat dan tidak pernah berlaku kebakaran di kawasan ini sejak saya mula tinggal di sini kira-kira lima tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Penolong Penguasa Bomba Hanaffi Mohd berkata ketika tiba di tempat kejadian, asrama jenis rumah papan separuh kekal itu sudah 70 peratus dijilat api.


“Tujuh anggota dan dua jentera mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran tersebut daripada merebak ke rumah lain.

“Pelajar yang tinggal di asrama berkenaan merupakan pelajar tingkatan satu hingga enam sekolah menengah agama terbabit yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat penginapan mereka dan pihak kami masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran,” katanya. – BERNAMA

Kategori