Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

4 Ditahan Kes Bunuh...

NILAI - Polis menahan empat individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes penemuan...

Manifesto BN Pragmatik, Bukan...

JOHOR BAHRU : Barisan Nasional (BN) bakal mempersembahkan manifesto yang pragmatik pada Pilihan...

Purata 300 Orang Lemas...

KUALA LUMPUR – Purata 300 kes kematian akibat lemas direkodkan pihak Jabatan Bomba...

3M Jadi Fokus Utama...

KUALA LUMPUR - Bajet 2022 yang akan dibentangkan kerajaan pada minggu hadapan akan...

2 Rumah Perjudian Haram Di Miri Diserbu Polis

MIRI – Polis telah menyerbu dua rumah perjudian haram di bandar Miri serta menahan 25 suspek, minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata serbuan pertama yang diketuai Inspektor Nasrul Hadi Jahat pada 5.55 petang Jumaat lepas dilakukan di tingkat atas kedai barang alat ganti di Krokop.

“Polis terpaksa memotong mangga bagi memasuki premis sebelum menahan 13 lelaki berumur antara 21 dan 59 tahun kerana bermain judi ‘pai kow’ serta merampas wang tunai RM5,152 begitu juga cip judi bernilai RM500 dan RM1,000,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata serbuan kedua pula dijalankan pada 12.30 tengah malam 4 Feb lepas di premis rumah kedai di Simpang Ngu, Niah, yang diketuai Inspektor Mizlan Abdul Ghani, menyaksikan 12 lelaki berumur 25 dan 52 ditahan ketika bermain pai kow.

JSJ turut merampas wang tunai RM2,455, cip judi bernilai antara RM50 dan RM1,000 serta peralatan judi lain, katanya. – BERNAMA

Kategori