• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Tahun Tanpa PA, Shiera Boleh Urus Jadual Sendiri

oleh
11/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBIASAANNYA sebagai selebriti, pasti mereka mempunyai pengurus yang akan menguruskan segala jadual harian tetapi tidak bagi pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah.

Selama 18 tahun menjadi anak seni, Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 44, akui bahawa selama dia menguruskan jadualnya dengan sendiri, tidak pernah lagi dia alami sebarang masalah.

“Sejak saya berusia 18 tahun dan mula menceburi bidang seni, saya tak pernah lantik sesiapa pun untuk menjadi pengurus atau pembantu peribadi.

“Boleh dikatakan semuanya saya yang urus dan buat sendiri jadual kerja. Alhamdulillah, sepanjang itu juga jadual saya tidak pernah huru-hara atau ada masalah,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Menurut pelakon drama Coffee Prince itu, selepas bergelar penyampai radio Suria FM bagi segmen Suria Pagi bersama Zulin dan Fizi, dia telah menetapkan beberapa syarat jika ingin menerima mana-aman tawaran lakonan.

Syarat yang diletakkan oleh Shiera ialah dia hanya boleh menerima tawaran mengacara atau berlakon selepas jam 10 pagi dan penggambaran tidak boleh melebihi jam 12 malam.

Hal itu disebabkan kerana suaminya sendiri, Ijoy Azhari tidak gemar isteri kesayangannya itu pulang lewat malam ke rumah.

“Saya akan terima tawaran berlakon atau mengacara tapi kena ambil yang selepas pukul 10 pagi. Kena ada perbincangan, kalau betul-betul produser nak, dia kena tunggu tugas saya selesai.

“Tapi saya akan letak syarat tidak boleh balik melebihi pukul 12 malam. Lagipun, suami saya, Ijoy marah kalau penggambaran sampai perlu balik lewat malam.

“Pernah juga saya balik lewat dan dia minta saya berhenti buat kerja itu lagi,” tambahnya lagi.

Menjadi seorang penyampai radio bukanlah satu kepayahan buat Shiera kerana sebelum ini dia sudah mempunyai pengalaman menjadi penyampai radio di radio yang sama iaitu Suria FM.

“Saya tak ada masalah bekerja dengan Fizi dan Zulin sebab mereka ini profesional. Saya pula hanya tambah apa yang perlu.

“Lagipun saya dah lama tinggalkan dunia radio, jadi nak tahu juga apa yang pendengar mahu dengar. Saya tak tahu macam mana orang suka.

“Nak suruh orang suka kita bukan senang. Kalau macam orang yang dah terkenal tu, apa yang dia cakap orang dah memang suka,” ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata itu.

Sebelum ini, Shiera pernah menjadi ahli keluarga Suria FM selama setahun pada 2010 dan selepas kontrak tamat, dia beralih pula kepada Ultra FM yang kini diambil alih pihak Media Prima serta dikenali sebagai Kool FM. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Netizenpengurus peribadipenyampai radioShiera
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seniman, AADK Bekerjasama Cegah Artis Tagih Dadah

Next Post

UMNO, BN Konsisten Bantu Rakyat Tanpa Kira Siapa

Related Posts

Banjir Kilat Di Subang, Pusat Beli-belah Dimasuki Air

Penyampai Radio Filipina Maut Ditembak

05/11/2023
0

MANILA: Seorang penyampai radio maut ditembak di dalam studionya di Filipina, hari ini, kata polis. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Next Post

UMNO, BN Konsisten Bantu Rakyat Tanpa Kira Siapa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd