• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Kawasan Berisiko Di N.Sembilan Diberi Tumpuan

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lima belas kawasan berisiko di Negeri Sembilan akan diberi tumpuan dalam usaha memerangi dadah habis-habisan pada tahun ini.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri Nazira Sadiron berkata kawasan itu ialah Rompin, Batu Kikir, Bahau dan Ladang Gaddes di daerah Jempol; Senawang, Paroi, Seremban dan Sikamat (daerah Seremban); Gemas dan Gemencheh (daerah Tampin); Teluk Kemang, Lukut dan Port Dickson (daerah Port Dickson); Kuala Pilah dan Rembau.

“Kita akan pastikan semua program pencegahan, rawatan dan penguatkuasaan dilaksanakan di kawasan berkenaan. Pemutihan kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah memerlukan komitmen semua pihak khususnya komuniti di peringkat akar umbi.

“Oleh itu, Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan perlu digerakkan dengan pelbagai pengisian dan melibatkan keseluruhan lapisan masyarakat agar impaknya lebih berkesan,” katanya kepada pemberita selepas program pelancaran Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan 3.0 bersama Skuad AADK peringkat negeri di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi PEMADAM Negeri Sembilan Datuk Abd Samad Ibrahim dan Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Pencegahan AADK Ibu Pejabat Dr. Nor Azri Ahmad.

Mengulas lanjut, beliau berkata faktor kurang kesedaran dan sikap sambil lewa serta menganggap permasalahan dadah bukan masalah sejagat ditambah sikap tidak ambil peduli terhadap pengedar dan penagih dadah menyebabkan isu ini sukar dibanteras.

Katanya Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan sejak dilancarkan pada 2016 merupakan titik tolak di peringkat yang lebih besar bagi menyeru dan mengangkat komitmen semua peringkat komuniti bekerjasama dan bersatu padu.

Mengenai Skuad AADK atau Sukarelawan Antidadah, beliau berkata ia diwujudkan sebagai ejen perubahan dan mengajak seluruh golongan masyarakat agar bangkit memerangi dadah habis-habisan melalui penglibatan mereka dalam aktiviti kesukarelaan.\

Katanya kini terdapat 148,000 orang yang telah mendaftar sebagai anggota Skuad AADK di seluruh negara, manakala di Negeri Sembilan terdapat seramai 3,598 orang anggota skuad tersebut.

Sementara itu, Dr. Nor Azri berkata kini terdapat 30,000 orang penagih baru, manakala di Negeri Sembilan 2,351 orang yang sedang mengikuti program rawatan dan pemulihan.

Pada majlis itu turut dilantik tujuh pengerusi Skuad AADK melibatkan setiap daerah. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd