KOTA KINABALU – Dua lagi perkampungan di daerah Kota Marudu dilanda banjir hari ini menyebabkan sebanyak 119 orang daripada 47 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Komuniti Kota Marudu.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kol (PA) Kamal Mokhtar berkata PPS itu dibuka pada kira-kira 3.45 petang tadi.
Katanya 86 orang mangsa banjir daripada 35 keluarga berkenaan adalah daripada Kampung Kuranji manakala 33 orang daripada 12 keluarga dari Kampung Popok Darat.
Pada 3 petang tadi, dua PPS di daerah berkenaan iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Teritipan dan Bangunan Rukun Tetangga Salimandut yang menempatkan 117 mangsa daripada 33 keluarga ditutup dan kesemua mangsa dibenarkan kembali ke rumah masing-masing. – BERNAMA

