• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Ditahan Tipu Jual Beli Tanah Kerugian Lebih RM2j

oleh AK-47
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebelas suspek kes penipuan jual beli tanah melibatkan kerugian berjumlah melebihi RM2 juta ditahan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) pada 18 Jan lepas.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata suspek yang berumur 30 hingga 70 tahun itu ditahan di enam lokasi di sekitar Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan dan Perak.

“Suspek berkenaan menjalankan operasi memperdaya mangsa dengan menghubungi mangsa untuk membincangkan mengenai tawaran harga hartanah kepada mangsa.

“Mereka kemudian bertindak menyamar sebagai broker dan tuan tanah, lantas menawarkan hartanah-hartanah yang tidak wujud dengan menunjukkan sijil-sijil palsu kepada mangsa.

“Mangsa yang terpedaya akan membeli tanah-tanah yang ditawarkan dengan harga murah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di sini, hari ini.

Amar berkata pihaknya turut merampas dokumen-dokumen berkaitan jual beli tanah, telefon-telefon pintar, kad-kad atm, laptop dan pelbagai cop nama.

“Kesemua suspek masih ditahan reman dan akan dituduh tidak lama lagi,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan dan denda.

Amar percaya dengan tertangkapnya dalang utama berusia 70 tahun itu, pihaknya dapat menumpaskan kegiatan sindiket itu, yang aktif sejak setahun lepas.

Beliau berkata sejak Januari 2017 hingga Januari lepas, pihaknya menerima 266 laporan polis berkaitan jual beli tanah melibatkan kerugian melebihi RM380 juta.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan urusan jual beli hartanah agar tidak terpedaya dengan tawaran yang dijanjikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Amar Singh Ishar Singhditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd