Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

6 Kriteria WHO Sebelum...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memastikan enam kriteria yang digariskan Pertubuhan...

Rahman Dahlan Tunjuk Bakat...

PADA Aidilfitri tahun lalu, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek...

Halang Naik Pangkat, Tukar,...

KUALA LUMPUR - Halangan kenaikan pangkat, pertukaran dan gangguan dalam jadual pekerjaan, antara...

Kenyataan MP Ampang, Zuraida...

BERLAGAK betul Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan...

Usaha Terengganu Bantu Pondan Tarik Minat Asing

KUALA TERENGGANU – Pendekatan berhikmah yang digunakan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menyantuni golongan pondan atau mak nyah supaya kembali kepada kehidupan normal telah menarik perhatian beberapa agensi berita dari luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata sejak berita pertemuan beliau dengan lebih 100 mak nyah di Kuala Terengganu baru-baru ini disiarkan, beliau menerima banyak panggilan telefon daripada wartawan luar negara yang berminat mengetahui lebih lanjut hasil pertemuan itu.

“Pada awalnya, kebanyakan mereka menyangka kerajaan negeri Terengganu ingin mengenakan hukuman dan tindakan yang membelakangkan hak-hak kemanusiaan dan hak asasi manusia.

Namun setelah diberi penjelasan bahawa apa yang kerajaan negeri lakukan bertujuan membantu golongan ini dengan membimbing mereka agar kembali kepada fitrah, barulah wartawan luar negara ini fahami tujuan sebenar program pemulihan mak nyah di Terengganu ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Antara agensi berita yang menghubungi beliau ialah dari Perancis, Jepun, Korea dan beberapa negara Eropah yang lain.

Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil berkata walaupun program itu belum pun dilaksanakan sepenuhnya, namun keprihatinan banyak pihak terhadap golongan mak nyah membuktikan komuniti itu memiliki keistimewaan dari sudut positif yang tersendiri.


“Insya-Allah apabila kita bantu golongan ini kembali ke pangkal jalan, mereka juga akan memberi sumbangan semula kepada masyarakat melalui kemahiran atau kepakaran yang mereka miliki terutama dalam bidang perniagaan.

“Islam itu agama rahmat…setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, begitu juga dengan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu membantu menyedarkan golongan ini, sekiranya berjaya pasti memberi impak besar dalam kehidupan umat Islam di negara ini dan Terengganu khususnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori