• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unifi Sasarkan 1.5 Juta Pelanggan Pada 2018

oleh Ahmad Albab
24/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Unifi, jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah Telekom Malaysia Bhd (TM), menyasarkan untuk meraih 1.5 juta pelanggan pada akhir tahun.

Naib Presiden Eksekutif Unifi, Imri Mokhtar, berkata terdapat satu juta pelanggan sehingga Jun 2017 dan beliau yakin akan terdapat tambahan 500,000 pelanggan pada akhir tahun.

“Kami mengambil masa tujuh tahun untuk mencapai satu juta sejak kami mula melancarkan Unifi pada 2010, dan kami menyasarkan untuk meraih 1.5 juta pelanggan pada tahun ini dengan pelancaran kempen pemasaran kami di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran jenama Unifi yang diperbaharui di sini hari ini.

Beliau berkata kempen pemasaran itu termasuk kunjungan rumah ke rumah daripada Unifi’s ‘Perfect Squad’ untuk mendapat pelanggan baharu.

Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramli serta Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Bazlan Osman.

Imri berkata Unifi turut merancang untuk menambah lokasi wifi awamnya daripada 10,000 pada masa ini kepada 100,000 lokasi di seluruh negara pada tahun ini.

Beliau berkata Unifi merupakan satu-satunya jenama di Malaysia yang menawarkan sambungan Internet yang lancar di mana-mana sahaja — di rumah, melalui WiFi awam dan perkhidmatan mudah alih — serta pelbagai jenis kandungan bertaraf dunia, semua di bawah satu bumbung.

“Unifi sempurnakan pengalaman untuk memperkasakan aspirasi digital pelanggan kami.

“Dengan berbuat demikian, ia akan mengukuhkan lagi peranan kami sebagai penggerak utama dalam merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara dan memacu gaya hidup digital dan Internet of Things,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada usaha pemasarannya, Imri berkata, Unifi telah melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk memberi ganjaran kepada pelanggannya dengan satu juta kad modul pengenalan pelanggan 20 gigabit secara percuma dan peraduan interaktif secara langsung yang inovatif di televisyen Unifi, ‘Teka Tekan’, yang menawarkan RM20,000 hadiah wang tunai setiap hari kepada penontonnya. – BERNAMA

Tags: Unifi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Yakin Anggota Kastam Tak Berundur Walau Diugut

Next Post

Penduduk Orang Asli Diancam Hakisan Tanah Bukit

Related Posts

Kelajuan Streamyx Di Kawasan Tanpa Liputan Unifi Digandakan

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kelajuan Streamyx bagi pelanggan di kawasan tanpa liputan UniFi akan dinaikkan dua kali ganda sehingga 8Mbps secara...

Kerajaan Sasar Naik Taraf ‘Streamyx’ Ke Unifi Menjelang Mac Tahun Depan

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan untuk menaik taraf semua perkhidmatan pengguna Streamyx kepada Unifi melalui Telekom Malaysia (TM) menjelang Mac...

Next Post

Penduduk Orang Asli Diancam Hakisan Tanah Bukit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd