• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelajuan Streamyx Di Kawasan Tanpa Liputan Unifi Digandakan

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelajuan Streamyx bagi pelanggan di kawasan tanpa liputan UniFi akan dinaikkan dua kali ganda sehingga 8Mbps secara percuma menjelang suku pertama tahun depan.

Menurut Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam satu kenyataan hari ini, sekiranya terdapat liputan, pelanggan juga boleh memilih rumusan jalur lebar tanpa wayar 4G LTE.

“Kami juga ingin menjelaskan aktiviti penaiktarafan ini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai menjelang suku pertama 2019.

“Setakat ini, TM telah berjaya menaik taraf hampir 60 peratus daripada 340,000 pelanggan yang tinggal di kawasan liputan UniFi pada harga sama dengan pelan langganan sedia ada,” demikian menurut kenyataan itu.

TM menjelaskan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith di Dewan Negara semalam mengenai sasaran TM menaik taraf perkhidmatan pengguna Streamyx kepada UniFi menjelang Mac tahun depan.

Untuk pelanggan Streamyx yang tinggal di kawasan tanpa liputan UniFi, syarikat itu komited untuk terus melabur dalam teknologi yang bersesuaian bagi membawa sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pelanggan.

“Hampir 70 peratus pelanggan Streamyx yang boleh dinaik taraf yang tinggal di kawasan tanpa liputan UniFi, telah digandakan kepantasan Streamyx jika tiada halangan teknologi pada harga sama,” katanya.

Dalam pada itu, TM turut menyeru pelanggan Streamyx yang layak menerima naik taraf kepantasan agar mengemas kini butiran perhubungan iaitu nombor telefon dan alamat e-mel menerusi laman web UniFi atau aplikasi unifi care. – BERNAMA

Tags: StreamyxUnifi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Sasar Naik Taraf ‘Streamyx’ Ke Unifi Menjelang Mac Tahun Depan

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan untuk menaik taraf semua perkhidmatan pengguna Streamyx kepada Unifi melalui Telekom Malaysia (TM) menjelang Mac...

Siaran Langsung Perlawanan Liga Malaysia Di Unifi

02/02/2018
0

METERAI... Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) secara rasmi mengumumkan kolaborasi dua pihak bagi tajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd