• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Yakin Anggota Kastam Tak Berundur Walau Diugut

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin anggota-anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan sama sekali berundur walaupun mereka ditekan atau diugut ketika menjalankan tugas.

Beliau berkata anggota JKDM menunjukkan komitmen dan iltizam tinggi untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh kecekapan, ketegasan dan berintegriti.

“Saya tidak syak dan ragu-ragu bahawa JKDM akan menunjukkan peningkatan dari segi penyampaian dan perkhidmatan dari setahun ke setahun.

“Malah, saya yakin dan percaya dalam apa jua keadaan, walaupun ditekan dan diugut, walaupun kereta dibakar, anggota Kastam tidak akan mengundur diri tetapi, sebaliknya, lebih kuat semangat untuk menjalankan tugas-tugas masing seperti mana yang diamanahkan,” kata beliau semasa berucap pada Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-36 di sini, hari ini.

Semalam, empat kenderaan milik keluarga Penolong Kanan Pengarah Kastam Penguat Kuasa GST JKDM, Nur Azman Mat Jini terbakar di hadapan rumah kuarters yang didiaminya di Presint 11 di sini, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, bahagian hadapan rumah pegawai kanan kastam itu hampir musnah berikutan api merebak daripada kenderaan yang terbakar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata berkata tahun lepas, JKDM berjaya menyelamatkan hasil lebih RM1 bilion menerusi kejayaan mematahkan cubaan penyeludupan beberapa komoditi termasuk kenderaan, rokok dan minuman keras.

Sementara itu, kira-kira 2,000 warga Kastam yang diketuai Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy melafazkan sokongan padu kepada kerajaan yang dipimpin Najib.

“Marilah kita seluruh warga Kastam bangkit dan pamerkan semangat taat setia tidak berbelah kepada pimpinan Datuk Seri Najib,” katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh daripada pegawai dan anggota Kastam.

Dalam ucapan balasnya, Najib menyifatkan sokongan tersebut sebagai ‘bonus’.

“Saya mendapat bonus kerana ikrar sokongan padu kepada kerajaan. Terima kasih kepada semua warga JKDM,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan anugerah Tokoh Kastam kepada bekas Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abd Rahman Abd Hamid manakala Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia, Datuk Abdul Rahman Manan menerima anugerah Tokoh NGO.

Sambutan Hari Kastam Sedunia tahun ini bertemakan ‘Persekitaran Perniagaan yang Selamat Untuk Pembangunan Ekonomi’ dengan memberi fokus kepada tiga elemen iaitu persekitaran yang kondusif, persekitaran yang selamat dan persekitaran yang adil dan mampan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd