• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umpama Mimpi Kehadiran Anakanda Sultan Terengganu

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – “Saya tak jenero (lena) tidur nak jumpa baginda hari ini, tidur pun sampai termimpi-mimpi muka anakanda baginda Sultan Mizan,” kata Osman Mamat, 66, seorang daripada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, di sini.

Beliau dan penghuni PPS itu hari ini bertuah kerana menerima kehadiran Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bersama adindanya, Tengku Muhammad Mua’az.

Osman yang juga pesakit strok dan tidak mampu berjalan berkata kepada Bernama, kehadiran kedua-dua putera Sultan Terengganu itu merupakan satu penghormatan bagi beliau apabila dapat melihat baginda secara berhadapan.

Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua’z mencemar duli ke pusat itu bagi menyampaikan sumbangan kepada 200 ketua keluarga mangsa banjir yang menghuni pusat itu sejak semalam.

Selain itu, baginda berdua juga dijangkakan menunaikan solat Jumaat di Masjid Meraga Beris, Kijal sebelum bergerak ke pusat pemindahan yang lain di daerah itu.

Sementara itu, seorang lagi penerima bantuan, Maria @ Maziah Wok, 67, turut menyatakan kegembiraannya dapat berjumpa dan menerima sendiri sumbangan daripada Yang Dipertuan Muda.

“Sebelum ini tak pernah pun mimpi akan dapat jumpa baginda macam ini, hanya tengok baginda dekat televisyen saja, alhamdulillah hari ini akhirnya dapat berjumpa secara dekat,” katanya. – BERNAMA​​​

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd