• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Sebuah Parti Istimewa, Bela Semua Golongan

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENOM – UMNO merupakan sebuah parti istimewa kerana ia membela semua golongan tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau fahaman politik, kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya UMNO juga istimewa kerana ia disertai oleh pelbagai etnik bumiputera dan agama sekali gus menunjukkan keupayaan parti berkenaan untuk menyatupadukan rakyat majmuk di negara ini di bawah satu hala tuju dan prinsip.

“Kalau di Tenom ini, nampak jelas daripada (etnik) Dusun, Murut dan Lundayoh. Ini menunjukkan kepelbagaian kita. Ini menjadi kekuatan kepada parti,“ katanya kepada pemberita pada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini hari ini.

Beliau memberi contoh bantuan persekolahan yang diagihkan kepada pelajar di Tenom hari ini yang jelas melangkaui batas kaum dan fahaman politik.

Justeru, Shamsul Anuar yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO mengajak rakyat di Tenom agar terus memberi amanah dan mandat besar kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat kepada rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

“Jika kita letakkan amanah kepada parti pembangkang khususnya Pakatan Harapan yang ternyata berbeza (prinsip) , tidak sama hala tuju dan agenda, ia sebenarnya akan merosakkan masa depan rakyat dan generasi akan datang di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang ketika merasmikan program berkenaan mahu rakyat terus bersatu memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan BN pada PRU akan datang.

Pada majlis itu, Shamsul menyerahkan replika cek bernilai RM30,000 kepada Rubin untuk pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi pelajar sekolah terpilih di daerah ini. -BERNAMA

Tags: Datuk Dr Shamsul Anuar NasarahUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd