• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Konsisten Bantu Rakyat – Biro Kebajikan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – UMNO sentiasa konsisten dalam membantu rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata cara UMNO membantu rakyat berbeza dengan parti pembangkang yang dilihat cenderung menabur fitnah serta mengadu domba.

“Parti kita membantu rakyat sejak dahulu dan ia bukan retorik atau bermusim kerana rakyat perlu diberikan pembelaan,” katanya kepada pemberita sempena program Jelajah UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Alor Pongsu dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 300 orang daripada golongan miskin, ibu tunggal menerima bantuan barang keperluan harian termasuk 150 petani yang diberikan racun rumpai untuk tanaman padi.

Shamsul Anuar yang juga Anggota Parlimen Lenggong berkata sikap yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengutamakan rakyat dalam dasar pemerintahan mencerminkan seorang pemimpin yang berpegang kepada ajaran agama Islam.

“Apapun yang pentingnya rakyat boleh menilai perdana menteri dengan pemimpin lain dari segi mengurus negara dan nampak dengan jelas beliau mengutamakan rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, katanya rakyat hendaklah memberikan mandat kepada perdana menteri pada pilihan raya umum ke-14 akan datang untuk terus berbakti kepada rakyat.
‎
Sementara itu, dalam ucapannya Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, berkata seramai 500 pelajar di sini diberi peluang membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional dengan jumlah RM100 setiap seorang.

‎”Ini merupakan satu tabungan untuk simpanan masa depan pelajar berkenaan,” katanya. – BERNAMA​​​​

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd