• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengkujuh: Ada Nelayan Masih Turun Ke Laut

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Hanya sebahagian kecil daripada 8,200 nelayan di Terengganu masih turun ke laut untuk menangkap ikan sepanjang musim tengkujuh, kata Pengarah Perikanan Terengganu Zawawi Ali.

Beliau berkata pihaknya tidak boleh menghalang golongan minoriti itu untuk turun ke laut kerana setiap keputusan dibuat pasti sudah diambil pertimbangan sewajarnya oleh nelayan berkenaan.

“Kita tidak tahu sejauh mana kemampuan bot nelayan itu untuk mengharungi ombak besar dan laut yang bergelora kerana masing-masing mempunyai keupayaan berbeza.

“Ada nelayan yang turun ke laut kerana kapasiti bot mereka yang besar dan berjaya pulang ke darat dengan selamat dan ada antara mereka ini mempunyai pengalaman luas di laut menjadikan mereka berani mengharungi cabaran di laut pada musim tengkujuh.

“Apa yang boleh kami lakukan ialah menasihatkan mereka agar memastikan tahap keselamatan dipatuhi dan perlu menyimpan nombor agensi penyelamat sekiranya berlaku kecemasan terhadap mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tiga nelayan yang terkandas di tengah laut apabila bot fiber mereka mengalami kerosakan enjin kira-kira 14 batu nautika dari Kuala Terengganu semalam.

Kebiasaannya, nelayan akan mengambil kesempatan sepanjang tengkujuh untuk membaiki pukat, bot atau alat menangkap ikan yang lain memandangkan mereka tidak boleh turun ke laut, katanya.

“Malah, ada juga yang mempunyai kemahiran lain untuk mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung sebagai mata pencarian pada musim tengkujuh.

“Sehubungan itu, saya berharap nelayan yang masih ingin turun ke laut agar lebih berhati-hati dan sekiranya berdepan kecemasan perlu menghubungi talian MERS 999 atau 09-6224357 Pusat Operasi (PUSOP) DM9 Negeri Terengganu untuk memudahkan kerja menyelamat dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd