• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tenaga Pengajar ILP Maut Kereta Bertembung Treler

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING – Seorang tenaga pengajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) maut, manakala anaknya parah selepas kereta mereka bertembung dengan treler, dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Jamaluang – Mersing, Kampung Gajah, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.40 pagi itu, Ahmad Azham Muhammad, 40, yang memandu kereta Toyota Caldina meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak lelaki yang berusia tujuh tahun, Muhammad Luqman, dilaporkan parah.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata siasatan awal mendapati treler dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu menuju ke Pengerang, dan mangsa pula dalam perjalanan dari tempat kerjanya di ILP Mersing.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu treler berusia 34 tahun terbabit dipercayai membrek kenderaan secara mengejut bagi mengelak sebuah kenderaan lain yang memasuki simpang sebelum treler itu berpusing dan memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa yang sama kenderaan mangsa yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak treler terbabit menyebabkannya bertembung dengan treler berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nuing berkata, mangsa yang beralamat di FELDA Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, anak lelakinya patah peha kiri, selain luka di bahagian muka dan dirawat di Hospital Mersing.

Katanya, pemandu treler itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan bagi siasatan lanjut.

“Mayat dihantar ke Hospital Mersing untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BH Online

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd