• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Synergy Serah Semula Tanah Felda Di Jalan Semarak

oleh
16/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR… Synergy Promenade Sdn. Bhd. bakal menyerahkan kembali tanah kontroversi Felda di Jalan Semarak di ibu negara yang dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City tidak lama lagi.

Sumber melaporkan bahawa kedua-dua belah pihak bahkan telah mencapai kata putus berhubung perkara ‘panas’ berkenaan malah satu sidang media khas akan dibuat pada petang Isnin dan diadakan di ibu negara.

Tanah milik Felda yang bernilai RM270 juta itu mula menjadi kontroversi apabila Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mendedahkan penukaran milik tanah berkenaan tanpa ada sebarang pembayaran pun kepada Felda.

Synergy Promenade merupakan syarikat yang terbabit dalam isu pemindahan hak milik tanah Felda tersebut untuk pembangunan projek mewah dan ia dikatakan ada hubungan rapat dengan keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pemilik syarikat itu, Noraini Soltan dan Abd. Rahman Soltan, merupakan usahawan berjaya yang menerima dana dan latihan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), bagi membangunkan syarikat Spiro Plastics pada 1992.

Ketika itu, Pengerusi PNB ialah Tun Ismail Mohd. Ali, yang juga abang ipar Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan yang belum didaftarkan sah. Ismail kebetulan juga abang kepada isteri Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Baca: Kroni Mahathir Jadi Pemaju Tanah Felda Digadai?

Dengan bantuan PNB, syarikat kecil itu berkembang maju menjadikan Noraini turut dikenali sebagai vendor untuk komponen pengeluar automotif tempatan Proton, malahan sering aktif dalam Persatuan Vendor Proton (PVA).

Mahathir, 92, juga didakwa rapat dengan PVA termasuk menghadiri program mereka dan kerap membincangkan isu persatuan tersebut, bahkan anak beliau sendiri, Datuk Seri Mukhriz juga didakwa ada kaitan dengan Noraini.

Ekoran isu penjualan tanah agensi persekutuan itu, Polis DiRaja Malaysia menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan yang lebih terperinci berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah Felda berkenaan.

Pada 21 Disember lalu, media pro-BN melaporkan Felda berisiko hilang hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Pindah milik itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. melantik Synergy Promenade sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dengan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya. – HAA

Tags: FeldaSynergy Promenade
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penguat Kuasa ‘Samseng’ Buang Ikan Peniaga Pasar

Next Post

Gagal Bayar Kos Bicara RM8,000, UiTM Nyaris Disita

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

Next Post

Gagal Bayar Kos Bicara RM8,000, UiTM Nyaris Disita

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd