• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Sabah Sita Wang Tunai RM4 Juta, Tahan 4 Individu

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menyita wang tunai berjumlah RM4 juta daripada empat individu yang ditahan semalam berhubung kes rasuah membabitkan projek infrastruktur pengangkutan kereta api di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Sazali Salbi berkata wang terbabit dirampas daripada peti simpanan milik individu berkenaan di beberapa buah bank.

Selain itu, SPRM juga mengambil tindakan kaveat ke atas beberapa hartanah yang disyaki dibeli menggunakan wang yang diperoleh daripada rasuah dan salah guna kuasa agar tidak dijual atau dipindah milik semasa siasatan dijalankan.

“Kita telah mengenal pasti enam atau tujuh rumah yang dibeli atas nama suspek dan anggota keluarga masing-masing di Sabah, Kuala Lumpur dan Johor dengan jumlah nilai RM2.7 juta,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai projek pembangunan di Sabah, di sini hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata SPRM membuka satu lagi kertas siasatan menurut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Empat individu terbabit termasuk seorang timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Dua lagi yang direman ialah penolong jurutera di jabatan kerajaan berkenaan manakala seorang lagi adalah pengarah sebuah syarikat yang melaksanakan projek infrastruktur itu dan kesemua mereka berumur antara 37 dan 58 tahun.

Mengulas lanjut, Sazali berkata siasatan setakat ini mendapati antaranya suspek disyaki terlibat membuat tuntutan terhadap projek yang tidak wujud namun diisytiharkan sebagai projek pembaikan kecemasan.

“Selain empat individu yang ditahan itu, kita juga telah kenal pasti enam lagi saksi yang akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.

“Siasatan masih di peringkat awal lagi jadi, kami perlu sedikit masa untuk meneliti secara terperinci dokumen yang disita kerana kes ini berlaku antara 2012 dan 2017,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd