KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan agensi tersebut.
SPRM dalam satu kenyataan media berkata, individu tersebut dikenali sebagai Norshah Abdul Rahman berusia 44 tahun.
“Lelaki itu mempunyai dua alamat terakhir iaitu di Taman Makmur Kok Lanas dan Kampung Padang Lembek, Ketereh, Kelantan,” kata SPRM.
Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu itu supaya menghubungi SPRM Kelantan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi SPRM Kelantan di talian 09-766 1800. – MYNEWSHUB.CC

