• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam

oleh AK-47
30/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERJUMPAAN Pakatan Harapan (PH) bersama duta negara Eropah (EU) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata sengaja menimbulkan spekulasi sekali gus mahu menjatuhkan Presiden Umno.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjelaskan, perjumpaan itu yang bertujuan untuk menggesa kerajaan melaksanakan pilihanraya umum ke-14 dengan adil adalah alasan yang tidak munasabah.

“Setiap piliharaya umum mahupun kecil dilaksanakan badan berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan bukan saja memfitnah BN malah menafikan ketelusan SPR selama ini.

“Mereka hanya mahu mensensasikan perjumpaan itu dengan membuat spekulasi kononnya kerajaan akan bertukar tangan. Spekulasi ini hanyalah tujuan untuk mewujudkan persepsi dan tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menyifatkan gesaan pemimpin PH itu tidak logik kerana mempersoalkan ketelusan SPR.

“Adakah kemenangan PH yang sebelum ini menguasai beberapa negeri pada pilihan raya umum ke-13 lalu disifatkan satu pilihan raya tidak adil?

“Semua ini hanyalah propaganda murahan yang menjadi irama baru PH. Sikap pemimpin PH ini langsung tidak berpaksikan kenyataan dan tidak dapat menerima hakikat wujudnya demokrasi yang telus di negara ini.

“Saya amat yakin rakyat tidak akan termakan dengan pembohongan mereka dan sedar bahawa hanya kerajaan BN sahajalah yang dapat memakmurkan negara untuk masa depan yang lebih gemilang,” katanya lagi.-MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakpakatan harapanTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd