• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Curi Kereta Tumpas, 20 Kenderaan Dirampas

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sindiket curi kereta dari Malaysia menjadikan Thailand sebagai pusat transit bagi kenderaan yang mereka curi sebelum menyeludupnya ke negara lain di rantau ini seperti Laos, Kemboja dan Vietnam.

Menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, sejak 2015, Polis Diraja Thailand (RTP) merampas lebih 100 kenderaan yang dicuri di Malaysia dan menyerahkannya kepada PDRM.

“Thailand dijadikan negara transit oleh sindiket curi kereta dari Malaysia,” katanya kepada media ketika menerima 20 kereta Malaysia yang dicuri, kebanyakannya kenderaan mewah, daripada penasihat RTP Jen Witaya Prayongpan pada satu majlis rasmi di sini hari ini.

Selain mengucapkan terima kasih kepada RTP atas kejayaan cemerlangnya dalam membanteras jenayah itu, beliau berkata pasukan polis dari kedua-dua negara akan meningkatkan kerjasama bagi melumpuhkan sindiket curi kereta yang kini beroperasi di Malaysia dan Thailand.

Katanya, sejak beberapa tahun lepas, Bukit Aman dan RTP menjalin kerjasama rapat dalam semua bidang seperti yang dapat dilihat baru-baru ini melalui penangkapan enam rakyat Malaysia di Bangkok yang didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan melalui telefon.

Menurut beliau, usaha sedang dilakukan bagi mengesan rakyat Malaysia yang mengetuai sindiket itu, yang ditumpaskan di Bangkok minggu lepas.

Sementara itu, dalam kenyataan dikeluarkan selepas majlis penyerahan kenderaan berkenaan, RTP berkata kenderaan curi menjadi isu sejak sekian lama dan memberi kesan negatif terhadap ekonomi Thailand dan Malaysia.

Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha dan timbalannya, Jen Prawit Wongsuwan sering menegaskan tentang kepentingan menangani isu itu kerana ia dipercayai berpotensi membuka laluan kepada aktiviti jenayah lain.

“Ini bukan melibatkan kenderaan curi semata-mata, tetapi juga berpotensi mempunyai kaitan dengan pembiayaan aktiviti jenayah lain seperti keganasan,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin MohdSindiket Curi Kereta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tumpaskan Geng Curi Kereta Mewah

09/11/2018
0

BATU PAHAT - Hanya menggunakan sebuah peranti, satu kumpulan yang dikenali sebagai ‘Geng Yon Kuang’ mampu melarikan sesebuah kereta mewah...

Polis Tumpas Sindiket Curi Kereta Di Perak, Selangor

19/10/2017
0

LIMA lelaki dipercayai menganggotai Geng Sentosa yang aktif menjalankan kegiatan curi dan melerai kenderaan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd