• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Sindiket Curi Kereta Di Perak, Selangor

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIMA lelaki dipercayai menganggotai Geng Sentosa yang aktif menjalankan kegiatan curi dan melerai kenderaan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, ditumpaskan polis.

Kesemua lelaki berkenaan ditahan di beberapa lokasi berasingan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muallim, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, penangkapan suspek berumur 20-an sehingga 30-an itu berjaya menyelesaikan beberapa kes curi dan melerai kenderaan di daerah ini serta di Cheras, Kuala Lumpur.

“Pada 21 September lalu, kereta Proton Wira dan Honda City dilaporkan dicuri oleh dua suspek dan siasatan selama dua minggu berjaya menahan dua lelaki iaitu di Bukit Sentosa dan Sungai Buluh, Selangor.

“Polis kemudian menahan seorang pembeli kereta curi di restoran dekat Bukit Sentosa serta pemilik bengkel yang dipercayai menjalankan kerja meleraikan kenderaan di bengkel haram di lokasi sama,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, seorang lagi suspek ditahan di Kuala Kubu Baharu, Selangor, dan hasil siasatan berjaya menahan dua suspek yang mencuri kereta Honda City, yang juga mempunyai rekod jenayah samun di hotel bajet dan premis kecantikan.

Katanya, hasil serbuan di bengkel haram pula menemui beberapa komponen kenderaan iaitu pintu, rim tayar, dan pelbagai aksesori kereta serta satu enjin kereta Proton Wira yang berkaitan dengan kes curi kereta di Cheras.

Beliau berkata, kesemua suspek adalah warga tempatan, mempunyai rekod kes dadah dan curi motosikal sebelum ini serta dipercayai aktif di kawasan negeri Selangor.

Katanya, suspek menjual kenderaan kepada pembeli dengan harga RM500 dan pembeli membayar upah meleraikan kereta curi kira-kira RM300 kepada pemilik bengkel haram itu.

Beliau berkata, semua suspek kini ditahan di IPD Cheras untuk siasatan lanjut. – Harian Metro

Tags: Sindiket Curi KeretaSupt Wan Kamarul Wan Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tumpaskan Geng Curi Kereta Mewah

09/11/2018
0

BATU PAHAT - Hanya menggunakan sebuah peranti, satu kumpulan yang dikenali sebagai ‘Geng Yon Kuang’ mampu melarikan sesebuah kereta mewah...

Sindiket Curi Kereta Tumpas, 20 Kenderaan Dirampas

09/01/2018
0

BANGKOK – Sindiket curi kereta dari Malaysia menjadikan Thailand sebagai pusat transit bagi kenderaan yang mereka curi sebelum menyeludupnya ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd