• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Vertice: SPRM Tak Jejas Projek Terowong

oleh AK-47
10/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Vertice Bhd., yang sebelum ini dikenali sebagai Voir Holdings Bhd., firma peruncit fesyen dan pembinaan, hari ini menegaskan bahawa laporan media mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas projek terowong bawah laut di Pulau Pinang, tidak memberi impak ke atas kemajuannya.

Projek itu merupakan komponen penting Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Vertice berkata peranan syarikat sekutu 13.2 peratus milik Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd., sebagai kontraktor utama projek terowong itu, akan diteruskan mengikut rancangan.

“Antara usaha kepelbagaian syarikat, hasil utama kumpulan adalah daripada projek pembinaan yang diperoleh dan dilaksanakan oleh unit milik penuh 100 peratusnya, Vertice Construction Sdn. Bhd., yang memperoleh projek pelbagai yang bernilai lebih RM100 juta beberapa bulan lepas,” katanya.

“Kami menjangkakan momentum pertumbuhan ini akan berterusan dalam tahun kewangan 2018 dan seterusnya, dan oleh itu prestasi kewangan Vertice tidak teruk terjejas oleh berita yang dilaporkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Projek TerowongSiasatan Vertice
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Terowong: ‘Datuk’ Bebas Tahanan Reman

06/03/2018
0

PUTRAJAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' yang direman berhubung kes menerima rasuah RM3 juta, kononnya bagi mempengaruhi penutupan siasatan...

Projek Terowong: ‘Datuk’ Direman Empat Hari

04/03/2018
0

PUTRAJAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd