• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 24,038 Bayi Kedah Terima Insentif Kelahiran

oleh Ahmad Albab
01/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 24,038 bayi yang baru dilahirkan di negeri ini telah menerima manfaat daripada skim Insentif Kelahiran Anak (IKA) berjumlah RM100 seorang daripada kerajaan negeri Kedah sejak diperkenalkan pada 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Usahawan negeriDatuk Suraya Yaacob berkata ia membabitkan peruntukan berjumlah RM2.4juta.

“Anak yang baru diahirkan ini yang memenuhi syarat ditetap akan menerima baucar barangan bayi bernilai RM80 dan RM20 melalui pembukaan akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

“Tetapi, masih ramai ibu bapa yang tidak memohon mungkin kerana tidak tahu cara untuk membuat pemohonan. Mereka boleh mendapatkan borang pemohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau di mana-mana hospital kelahiran dalam tempoh enam bulan selepas kelahiran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Suraya mengadakan lawatan di Hospital Sultanah Bahiyah untuk menyampaikan skim IKA kepada lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki yang lahir bersempena Tahun Baharu 2018.

Sementara itu, Cristina Som Sumsak, 25, daripada Kuala Nerang berkata dia tidak menyangka anak keduanya akan lahir hari ini kerana bayinya dijangka lahir pada 31 Dis.

“Saya melahirkan bayi lelaki saya pada pukul 3.30 pagi tadi dan bersyukur kerana semuanya dalam keadaan selamat walaupun bayi saya dilahirkan lewat sehari daripada tarikh yang dijangka,” katanya.

Siti Najwa Zainon, 21, daripada Mergong berkata dia memang merancang untuk membuat simpanan kepada bayi sulungnya itu melalui SSPN-i untuk kegunaan pendidikan anaknya di masa hadapan.

“Saya sangat gembira kerana bayi perempuan saya selamat dilahirkan pada pukul 5 pagi tadi dan menjadi bayi Tahun Baharu kerana dia sepatutnya dijangka lahir pada minggu hadapan iaitu pada 8 Jan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd