Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

TMJ Tawar Harimau Malaya...

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Takzim...

Restoran Terkenal Teluk Intan...

TELUK INTAN - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Selasa mengesahkan permohonan pensijilan...

Skandal Kontrak Unisel: SPRM...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Universiti Selangor (Unisel) Kampus...

Anifah Ketuai Delegasi Ke...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengetuai delegasi Malaysia ke...

Seorang Lagi Artis Gila Mula ‘Terbentuk’ Di Malaysia?

KECOH di seluruh portal hiburan dan media sosial sebelum ini apabila nama Hairul Azreen tiba-tiba ‘naik’ kerana isu menembak tanpa lesen, dua tahun lalu.

Baca: Video Menembak Tersebar, Hairul Dipanggil Polis

Akibat kejadian itu tular di laman sosial, Hairul telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada Jumaat lalu.

Baru-baru ini pula, suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu sekali lagi hangat diperkatakan apabila dia telah melakukan aksi yang tidak sepatutnya ketika berada di tempat awam.

Umum mengenali Hairul sebagai seorang pelakon aksi dan dia juga baru sahaja menjalani pengambaran bagi filem Polis Evo 2 bersama dengan pelakon lain antaranya Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Namun, gelagat Hairul ketika menaiki eskalator di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Menurut Hairul, video tersebut merupakan video lama dan dia juga tidak tahu mengapa semakin banyak video lamanya mula tular kembali ketika ini.

“Apa saya lakukan adalah secara spontan kerana merasa saya seorang pelakon lagak ngeri, saya terlupa dan galak melakukan aksi seperti itu.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan dan mematangkan diri namun tidak sangka ia tular.

“Saya tidak faham kenapa baru sekarang video tular. Mungkin saya sudah dikenali orang mulalah mencari video-video saya dalam keadaan tidak sepatutnya,” katanya dipetik daripada akhbar Harian Metro.

Mungkin ketika itu dia hanya berniat untuk bergurau bersama rakan-rakan tetapi perkara itu bukanlah perbuatan yang elok lebih-lebih lagi Hairul merupakan seorang selebriti yang dikenali dan telah manjadi ayah kepada seorang cahaya mata.


Rata-rata netien yang melihat video tersebut berapa tidak berpuas hati dengan tindakannya itu yang akan menjadi ikutan remaja yang lain.

Perbuatan itu jika di luar negara mungkin dilihat sebagai suka-suka dan tidak berbahaya.

Tetapi jika disini, ianya dipandang serius kerana sebelum ini banyak kemalangan telah terjadi melibatkan eskalator.

Juga: Tangan, Rambut Kanak-Kanak ‘Ditelan’ Eskalator

Lagi: Jari Kanak-Kanak Tersepit Dalam Eskalator

Serta: 2 Budak Jadikan Eskalator ‘Taman Mainan’

Angka kematian disebabkan tersepit di eskalator juga semakin meningkat saban hati tidak kira di dalam mahupun di luar negara.

Bagaimanapun, pastinya Hairul sendiri mengetahui mana yang betul dan mana yang salah.

Mudah-mudahan selepas ini tiada lagi perkara yang tak diduga bakal dilakukan oleh pemenang Fear Factor Malaysia itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori