• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Sangat Komited Bangunkan Sabah – PM

oleh Ahmad Albab
20/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau meluluskan banyak peruntukan kepada Sabah kerana sangat komited untuk membangunkan negeri berkenaan.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan untuk meluluskan pelbagai peruntukan ketika membuat lawatan kerja ke Sabah bukan disebabkan pilihan raya umum semakin dekat.

“(Sebaliknya) Saya ingin memastikan jurang pembangunan antara Semenanjung dan Sabah dapat dirapatkan. Kita bukan macam pembangkang yang hanya tahu jual janji. Kita adalah kerajaan yang sudah terbukti melalui trek rekod.

“Kerajaan BN berjaya memastikan kestabilan politik di Sabah, mewujudkan keamanan dan keharmonian, mentransfomasikan Sabah serta memastikan keselamatan Sabah terus terjamin…itulah kejayan kerajaan BN,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat Sabah, di sini malam ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, menteri-menteri Kabinet Sabah dan pemimpin parti komponen BN di semua bahagian di Sabah.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan terus menambah peruntukan untuk membela nasib rakyat Sabah pada masa akan datang.

Sementara itu, Najib meminta BN Sabah mengetahui kecenderungan pengundi baharu di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri berkenaan, dalam usaha meraih undi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Saya lihat pada pilihan raya lepas ada kawasan di Sabah yang mendapat majoriti undi tidak sampai 1,000 dan kini kita lihat ada jumlah pengundi baharu di sesebuah kawasan mencecah 6,000 dan ia melebihi majoriti yang kita peroleh.

“Oleh itu, jentera BN di semua kawasan perlu menggunakan semua saluran yang ada untuk meraih pengundi baharu. Kita tidak boleh bergantung dengan anggota parti sahaja kerana ia belum cukup untuk menjamin kemenangan,” katanya.

Najib berkata asas kekuatan BN adalah melalui jenteranya termasuk Jalinan Rakyat Plus di semua kawasan Parlimen dan DUN di Sabah, namun beliau menggesa asas kekuatan itu diperkuatkan dengan mengenal pasti pengundi yang menyokong BN.

“Kita mesti merancang untuk berjaya dan mengambil tindakan untuk berjaya…lakukan apa sahaja sampai tutup hari pengundian dan kerja kita selesai,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd