• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM380,000 Baiki Sekolah Akibat Tengkujuh

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak RM380,000 peruntukan diperlukan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi membaiki kerosakan yang berlaku terhadap beberapa buah sekolah ekoran musim tengkujuh yang melanda negeri ini sejak November lepas.

Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussain berkata kerosakan yang berlaku katanya bukan sahaja akibat musim banjir tetapi angin kencang yang turut merosakkan atap dan siling di kelas-kelas sekolah yang terlibat.

“Sebanyak enam buah sekolah di beberapa daerah antaranya sekolah di Bukit Mentok, Kemaman dan sekolah di Padang Midin telah kita dapati berlaku pelbagai kerosakan antaranya atap yang diterbangkan angin, siling kelas runtuh dan pagar yang rosak.

“Kita telah pun memohon peruntukan tersebut kepada Kementerian Pendidikan dan kerja baik pulih kini sedang dijalankan dengan kebenaran (daripada kementerian),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Gala TTB Kemenjadian Murid Gen-T 2017 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, dekat sini malam tadi yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pada majlis itu, sebanyak 10 anugerah telah diadakan bagi menghargai jasa guru-guru dan para pelajar serta sekolah yang mencapai kecemerlangan tahun lepas.

Antara anugerah utama yang dipertandingkan ialah Anugerah Oscar TTB Murid Berkeperluan Khas (Perempuan) yang dimenangi oleh Nur Qasrina Batrisya Qaidil Azam dari Sekolah Pendidikan Khas Kuala Terengganu.

Bagi anugerah sama kategori lelaki dimenangi oleh Muhamad Hazim Basyir Norghani daripada Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Putra Besut.

Anugerah Oscar TTB Kategori Guru Sekolah Menengah (Lelaki) dimenangi oleh Asmawi Azman dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu, manakala Azreen Nabila Alias dari SMK Bukit Nenas, Setiu, memenangi kategori perempuan.

Pada majlis itu, SMK Bukit Nenas juga menerima Anugerah Oscar TTB bagi kategori sekolah menengah manakala Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek, Setiu menerima anugerah itu bagi kategori sekolah rendah.

Semua pemenang menerima hadiah piala Oscar, wang tunai serta hadiah iringan. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd