• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Riding Pink Selamat, Khas Untuk Kaum Wanita

oleh
04/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS bermacam-macam berita menyeramkan yang kita dengar tentang pengalaman hitam penumpang kenderaan awam seperti Uber mahupun Grab, kini kaum Hawa tidak perlu risau lagi.

Denise Tan, seorang suri rumah sepenuh masa telah mengambil keputusan untuk mewujudkan perkhidmatan pengangkutan awam khas untuk golongan wanita tanpa berasa bimbang tentang kejadian yang tidak diingini.

Perkhidmatan Riding Pink itu dikhususkan hanya kepada kaum wanita sahaja demi menjaga keselamatan mereka terutama jenayah seksual atau samun.

“Kami mula merekrut pemandu wanita pada September tahun lalu melalui laman sosial Facebook dab jumlah itu meningkat dalam tempoh masa hanya tiga minggu,” katanya dipetik daripada portal The Star.

Riding Pink secara rasminya telah beroperasi pada 10 Oktober 2016 lalu dan sepanjang tempoh tersebut, mereka telah berjaya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Setakat penghujung tahun 2016 lalu ujar Denise, mereka telah mempunyai seramai 60 orang pemandu sepenuh masa dan 40 pemandu separuh masa.

Dalam masa sama, perkhidmatan Riding Pink turut digunakan oleh ramai ibu bapa sebagai langkah keselamatan kerana sudah mengenali si pemandu itu sendiri.

“Sesetengah ibu bapa akan minta pemandu yang sama untuk ambil anak mereka. Jika mereka menetapkan setiap Rabu pada jam 1 petang dan pemandu itu menyenangkan, kami akan menempah slot itu untuknya.

“Jika pemandu itu kebetulan mempunyai masalah, kami akan segera mencari pengganti untuknya,” kata Denise lagi.

Kebanyakan wanita sememangnya gemar menggunakan perkhidmatan Riding Pink kerana bagi mereka, ia lebih tepat serta tahap keselamatan mungkin akan terjamin.

Semestinya Riding Pink akan mejadi pilihan remaja selain perkhidmatan tempahan pengangkutan awam lain. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: GrabPink RidingUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

12/01/2026
0

PETALING JAYA – Insiden tikam lidah antara seorang pemandu e-hailing dengan penumpangnya viral dan mencetuskan perdebatan dalam masyarakat. Pemandu berkenaan...

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

03/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial mendakwa adiknya berdepan pengalaman mencemaskan apabila pemandu perkhidmatan e-hailing dipercayai menggunakan telefon bimbit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd