• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Replika Wau SMK Malim Nawar Diiktiraf MBOR

oleh
21/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REPLIKA wau terbesar yang dihasilkan guru, ibu bapa dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar, di Kampar, Perak menerima pengiktirafan Malaysia Books of Record (MBOR).

Permainan layang-layang tradisional Melayu bersaiz 75 meter panjang dan 70 meter lebar itu disenaraikan secara rasmi sebagai yang wau paling besar pernah dihasilkan di negara ini, menurut laporan media tempatan hari ini.

Ia malah hampir memenuhi sebuah padang bola, dibuat menggunakan lembaran plastik yang dicantumkan pada rangka wau yang diperbuat menggunakan buluh hasil kerjasama antara warga sekolah bersama ibu bapa pelajar.

Pengarah projek yang juga guru Pendidikan Seni Visual (PSV) sekolah berkenaan, Muzafar Saari, berkata idea untuk menghasilkan replika wau itu tercetus bulan lalu sebelum usaha pembuatannya dimulakan sejak 3 Januari lalu.

Katanya, projek itu dapat bantu memupuk penjanaan minda bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar, selain bertujuan mengeratkan hubungan sosial dan silaturahim berbilang kaum.

“Pada asalnya replilka wau ini yang dibina hasil usaha sama 649 pelajar serta 80 warga pendidik sekolah ini menggunakan kira-kira 500 lembaran kertas surat khabar pada bahagian badannya.

“Bagaimanapun ia musnah kerana hujan lebat pada petang semalam (Jumaat). Keadaan itu memaksa semua pelajar dan guru dan ibu bapa bersengkang mata sejak petang semalam hingga awal pagi ini.

“Ia bagi menggantikan bahagian badan wau yang musnah itu dengan lembaran plastik, Alhamdulillah ia berjaya disiapkan juga,” katanya sambil bersyukur dan mengetengahkan semangat kerjasama antara semua terlibat.

Perasmian projek berkenaan kemudian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi, dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Turut hadir ialah Eksekutif Pentadbiran MBOR, Siti Hajar Johor yang turut mengesahkan pengiktirafan projek berkenaan dan disaksikan Pengetua SMK Malim Nawar, Ismail Ebrahim.

Terdahulu, Ismail berkata bahawa aktiviti berkenaan juga adalah sebahagian dari usaha menyuntik semangat ke arah mewujudkan identiti nasional dalam kalangan pelajar sendiri.

Ini kerana SMK Malim Nawar dipilih sebagai satu-satunya sekolah di daerah Kinta Selatan terlibat di bawah Program Transformasi Sekolah TS25 (2.0). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Malaysia Book of Recordswau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Formasi Kereta Berbentuk Jalur Gemilang Masuk Malaysia Book Of Records

Formasi Kereta Berbentuk Jalur Gemilang Masuk Malaysia Book Of Records

31/08/2023
0

JOHOR BAHRU: Syarikat pengeluar minuman tempatan, Haos Ek? menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya menganjurkan formasi...

JDT Terima Pengiktirafan MBOR

20/07/2019
0

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi satu-satunya pasukan dalam negara berjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd