Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Bekas Bendahari Dewan Pemuda...

KUALA LUMPUR - Bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengaku...

Sokong Penyatuan Umat –...

KUALA LUMPUR - Umat Islam Malaysia diseru supaya memberi sokongan penuh ke atas...

4,684 Kes Baru, 11...

Sebanyak 4,684 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,705,824.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Zidane Setuju Ambil Alih...

MAURIZIO Sarri berdepan dengan tekanan di Chelsea selepas prestasi sukar musim ini. Berikutan dengan...

Remaja Ini Jadi Jutawan Jual Tali Leher Kupu-Kupu

LAZIMNYA mungkin ramai malu memakai tali leher kupu-kupu, namun anak muda ini bukan saja mengembalikan semula trend pemakaian itu, tetapi berjaya menempa nama dalam dunia fesyen.

Pada usia dianggap masih muda dan mentah, Moziah Bridges, remaja kelahiran Tennessee, Amerika Syarikat yang berumur 16 tahun ini, sudah bergelar jutawan menerusi perniagaan tali leher kupu-kupunya melalui label Mo’s.

Pemuda ni mula memperkenalkan perniagaannya itu ketika berusia sembilan tahun. Mementingkan penampilan dan pemakaian, Moziah mendapat inspirasi selepas sukar menemui tali leher kupu-kupu menepati cita rasanya.

Mujur dia bertuah kerana neneknya pakar menjahit dan sering menghasilkan tali leher kupu-kupu untuk dirinya. Moziah memilih sendiri corak untuk produk keluarannya dan agak cerewet mengenai hasil rekaannya sendiri.

Dia mahu tali leher kupu-kupu yang unik, moden, segar dan boleh menampilkan kelainan kepada pemakainya. Reka bentuk dan jenis tali leher kupu-kupu ditawarkan merangkumi bintik polka, jalur dan bertemakan kumpulan sukan.

Moziah juga gemar bereksperimen dengan pelbagai jenis fabrik bagi menawarkan rekaan dan gaya terbaik bagi label Mo’s. Selain fokus kepada keuntungan, dia turut mencipta produk tersebut bagi meraih dana untuk kerja amal.

Hasil jualan produk diberi nama ‘Go Mo’ itu disalurkan pula untuk membiayai kos golongan kanak-kanak miskin tempatan dapat pergi mengikuti pembelajaran ke kem musim panas semasa cuti panjang persekolahan mereka.

Kini, Moziah dalam perancangan mengembangkan empayar perniagaannya dalam dunia fesyen. Katanya, dia dapat membayangkan label Mo’s pada rangkaian tali leher dan mula menjual pelbagai aksesori lain untuk lelaki.


Selain itu, Moziah turut merangka memperkenalkan koleksi pakaian kanak-kanak pada masa hadapan. Terbaharu, dia berjaya mengikat kontrak perjanjian dengan beberapa pasukan bola keranjang dalam liga tempatan NBA.

Ini termasuk dengan mereka tali leher kupu-kupu khas untuk pasukan berkenaan. Tentunya ia sesuatu yang cukup mengujakan kerana diberi kepercayaan melengkapkan penampilan ahli pasukan terkemuka dunia itu.

Ketika ditanya, Moziah tidak anggap usianya terlalu muda untuk memiliki empayar perniagaan dalam dunia fesyen. Dia berkata, ibunya, Tramica Morris, sentiasa memberi dorongan untuk mengejar impian walaupun masih muda.

Katanya, dia turut terinspirasi dengan kejayaan Ralph Lauren yang jual tali leher ketika berusia 10 tahun. Moziah juga mahu jadi terkenal dan terkemuka seperti itu dan terus menguruskan empayar perniagaannya sehingga tua.

Malahan anak muda ini turut menanam impian besar untuk cuba mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat global sehingga dikenali di seluruh pelosok dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori