Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Hidap Kanser Prostat, PM...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, disahkan menghidap kanser prostat dan...

Amaran Ribut Petir, Hujan...

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat...

Pencemaran Udara Punca Pasangan...

PARIS - Lelaki yang terdedah kepada partikel halus dalam pencemaran udara berisiko memiliki...

Pegawai Kanan TNB Direman...

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad ditahan reman tujuh hari...

Rawabi Bandar Baru Palestin Ubah Imej Bukit Tandus

BAITULMAQDIS – Dengan suasana jalan yang luas, pusat beli-belah tersergam indah dan sebuah amfiteater gaya Rom, bandar baharu Palestin iaitu Rawabi yang dibina ini memang luar biasa!

Ia merupakan satu kemuncak impian selama puluhan tahun lamanya bagi pemaju Bashar al-Masri. Ahli perniagaan Palestin-Amerika Syarikat (AS) ini telah berusaha untuk menghalang segala cabaran daripada pihak rejim Israel.

Ini termasuk menerusi pembinaan hartanah bernilai AS$1.4 bilion (RM5.5 bilion) di wilayah Tebing Barat menjadi realiti – tetapi kini beliau berharap ia akan menjadi ‘lampu isyarat’ dalam usaha misi kenegaraannya itu pula.

Media antarabangsa melaporkan, setakat ini kira-kira 3,000 orang sudah tinggal di barisan blok menara berwarna kuning air itu yang berjaya dibina pemaju tersebut di kawasan bukit tandus di utara Ramallah hampir sedekad lalu.

Ia adalah bandar raya pertama yang dibina dan dirancang oleh rakyat Palestin di wilayah itu. Pembinaan masih diteruskan dan beberapa jalan masih dalam keadaan sunyi, namun berharap ia akan menarik 40,000 orang lagi.

“Rawabi, pada empat atau lima bulan yang lalu, telah menjadi destinasi pilihan terbaik untuk semua warga Palestin sendiri,” kata Masri, 56, semasa berada di salah sebuah kafe di pusat beli-belah baharu di bandar berkenaan.

“Setiap bulan, sekurang-kurangnya 100,000 rakyat Palestin mengunjunginya dan berasa kagum.” Zon perumahan direka berbentuk simetri dengan perancangan rapi sehingga ramai menyangka ia sebuah bandar moden Israel.

Rawabi – bermaksud bukit-bukit dalam bahasa Arabnya – malah dikatakan sebahagian orang agak menyerupai penempatan Israel yang melarang warga Palestin masuk; berbanding imej bandar lain di wilayah diduduki Yahudi.

Ia turut membina sebuah pusat sukan ekstrem dan amfiteater yang mempunyai kapasiti 15,000 tempat duduk, disertakan gambar-gambar gergasi bintang hiburan Arab dan Barat, sementara sebuah pawagam juga bakal dibina.

Reka bentuk dan kemudahan mewah di bandar itu namun mencetuskan kritikan kerana ia hanya akan memenuhi permintaan golongan elit dan tidak dijangkau bagi penduduk miskin dengan tahap pengangguran adalah berleluasa.

Bagaimanapun Masri menegaskan bahawa terdapatnya permintaan tinggi sambil mengatakan bahawa rakyat Palestin sendiri yang akan menentukan sama ada projek hartanahnya itu akan berjaya pada masa depan.

“Saya tidak tahu siapa memutuskan dengan apa yang dikehendaki rakyat Palestin. Adakah Israel? Kami sendiri akan memutuskan apa yang kami mahu dan tidak semua daripada kami mahu perkara sama berlaku,” tegasnya.


“Rakyat Palestin berhak untuk mendapatkan kehidupan mereka yang lebih baik. Kita tidak boleh ditindas lagi hanya kerana kita terpaksa hidup di bawah penaklukan haram rejim Zionis lebih 70 tahun lalu.”

Bagi rakyat Palestin yang ingin untuk menyaksikannya, bandar itu yang dibina dengan bantuan dana dari Qatar, turut menawarkan visi kehidupan pada masa hadapan di wilayah mereka yang sentiasa mengalami pergolakan.

Saed Abu Fkheida dan isterinya kelihatan berbelanja di kedai berjenama antarabangsa seperti Max Mara, Juicy Couture, Armani Jeans dan Lacoste di pusat beli-belah Q Centre, yang dibina seperti di bandar moden lainnya.

Walaupun kebanyakan kedai masih belum diisi sepenuhnya dalam beberapa enam bulan selepas kompleks itu dibuka, dia begitu kagum dengan kemudahan yang ada dan tidak seperti imej di kawasan lain di Tebing Barat.

“Semuanya boleh didapati dalam satu tempat sahaja. Ada pakaian, mainan dan sebagainya,” kata beliau sambil menambah: “Di Ramallah, anda perlu melawat beberapa tempat untuk mencari apa yang anda cari.”

Kumpulan penduduk pertama yang telah berpindah ke Rawabi adalah pada tahun 2015. Harga rumah pangsa di sini bernilai dari serendah AS$70,000 (RM278,418) sehingga AS$180,000 (RM715,933) di lot yang strategik.

Mereka yang berfikiran jauh pasti akan beli tempat itu – kebanyakannya dari kalangan rakyat Palestin yang bekerja di negara-negara Teluk mahupun Israel – dan mengatakan bahawa mereka kini berasa seperti berada di tanah air.

Salah seorang penghuninya, Fatimah Nazzal mengakui perkembangan tersebut dapat dirasakan apabila dia mula berpindah bersama-sama suaminya, Iyad dengan tiga anak perempuannya selepas pulang dari Arab Saudi.

Bahkan keluarga sederhana berkenaan kini mengatakan bahawa standard gaya kehidupan di bandar itu sesuai dengan apa yang mereka pernah alami ketika berada di luar negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori