• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Rahman Beri Rafizi Tempoh Seminggu

oleh AK-47
10/01/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli agar membuat permohonan maaf kepadanya dalam tempoh tujuh hari.

Tuntutan itu dibuat atas tuduhan Naib Pengerusi PKR itu mengatakan konon Abdul Rahman telah memberikan kontrak Ekspo Negaraku 2017 kepada “abangnya” Noor Raslan Dahlan pada 11 Disember tahun lalu.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri itu berkata peguamnya, Tetuan Raja Riza & Associates gagal menyerahkan surat tuntutan bertarikh 5 Januari kepada Rafizi secara terus pada hari berkenaan dan 8 Januari kerana Ahli Parlimen Pandan itu tiada di pejabatnya di Pusat Khidmat Parlimen Pandan.

“Surat tuntutan berkenaan diterima oleh seseorang bernama Mohd Shariffudin, dipercayai kakitangan di Pusat Khidmat Parlimen Pandan itu (pada 8 Januari),” katanya.

“Setelah meneliti pandangan undang-undang yang diberikan peguam saya, saya mengarahkan peguam memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli.

“Sekiranya Rafizi Ramli gagal mematuhi surat tuntutan itu dalam tempoh ditetapkan, saya akan mengarahkan peguam memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi Ramli,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 11 Disember tahun lalu, Rafizi melalui akaun Facebook rasminya antara lain mendakwa Abdul Rahman memberi kontrak Ekspo Negaraku 2017 kepada ‘abangnya’ Noor Raslan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PICO Integrated Exhibits (M) Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, selepas kira-kira 10 minit video tuduhan itu dimuat naik, rakaman berkenaan dipadamkan.

Abdul Rahman menafikan dakwaan itu dan menegaskan tidak memiliki pertalian darah dengan Noor Raslan, selain mempunyai bukti Rafizi menghubungi Noor Raslan sebaik selesai sidang medianya menerusi mesej Facebook dan bertanya sama ada Noor Raslan adalah abangnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Abdul Rahman DahlanMohd Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Lantikan Rafizi Ialah Hak Istimewa Presiden Parti

29/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR merupakan hak istimewa Presiden PKR, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd