• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Tak Masuk Pejabat Elak Terima Surat Saman?

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kepakaran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam bermain dengan persepsi, memutar belit dan memanipulasi sesuatu isu memang tiada tandingannya.

Sebelum ini, beliau cuba memfitnah pemimpin UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan kononnya Menteri di Jabatan Perdana itu memberi kontrak Ekspo Negaraku 2017 kepada abang sendiri.

Rafizi akhirnya terpaksa membuat permohonan maaf selepas tembelangnnya itu `kantoi’ kerana individu yang dimaksudkan beliau, Raslan Dahlan bukan abang Abdul Rahman, sebaliknya nama bapa mereka kebetulan sama.

Semalam, Rafizi cuba pula bermain persepsi konon masih belum menerima saman fitnah daripada Abdul Rahman walaupun tiga minggu sudah berlalu sejak Menteri di Jabatan Perdana itu mengumumkan mahu menyamannya.

“Saya ingin memaklumkan saya masih menunggu surat saman Abdul Rahman sehingga sekarang. Esok memasuki Selasa yang keempat sejak beliau mengumumkan mahu menyaman saya dan saya berharap ia bukan gimik,” kata Rafizi dalam nada angkuh.

Kenyataan beliau itu disambut meriah penyokong Pakatan Harapan di media sosial selepas membayangkan Rafizi adalah di pihak yang benar kerana Abdul Rahman seolah-olah tidak berani menyaman pemimpin Pakatan Harapan tersebut.

Bagaimanapun, berikut kenyataan penuh Abdul Rahman menjawab persepsi tidak bertanggungjawab yang cuba disebarkan Rafizi tersebut:

1. Saya merujuk kepada sidang media Rafizi Ramli yang disiarkan secara langsung melalui Akaun Facebook milik beliau semalam, 08.01.2018.

2. Saya juga merujuk kepada sidang media saya bertarikh 11.12.2017 berhubung tindakan Rafizi Ramli yang menyiarkan kenyataan palsu dan tidak benar terhadap saya berkenaan pemberian kontrak Ekspo Negaraku 2017 yang kononnya diberikan kepada abang saya bernama Raslan Dahlan melalui syarikatnya PICO Intergrated Exhibit (M) Sdn Bhd.

3. Melalui sidang media saya tersebut, saya ada memaklumkan bahawa saya telah mengarahkan peguam saya untuk memberikan pandangan dari segi undang-undang berhubung penerbitan kenyataan Rafizi Ramli tersebut.

4. Setelah meneliti pandangan undang-undang yang telah diberikan oleh peguam saya, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli.

5. Lanjutan daripada itu, peguam saya, Tetuan Raja Riza & Associates telah mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 05.01.2018 kepada Rafizi Ramli melalui serahan secara pos berdaftar dan secara serahan ke diri pada hari yang sama.

6. Walaubagaimanapun, serahan secara kediri pada hari tersebut gagal berikutan Rafizi Ramli tiada dipejabatnya di Pusat Khidmat Parlimen Pandan.

7. Cubaan serahan secara kediri buat kali kedua telah dilakukan semalam 08.01.2018 di alamat yang sama. Namun, Rafizi Ramli masih tiada di pejabatnya. Oleh yang demikian, surat tuntutan tersebut telah diterima oleh Mohd Shariffudin dipercayai kakitangan di Pusat Khidmat Parlimen Pandan tersebut.

8. Surat tuntutan tersebut menuntut antara lainnya supaya Rafizi Ramli menarik balik kenyataan beliau tersebut dan menerbitkan permohonan maaf terhadap saya dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat tuntutan tersebut.

9. Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya bahawa tempoh surat tuntutan tersebut masih belum matang.

10. Sekiranya Rafizi Ramli gagal untuk mematuhi surat tuntutan tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, saya akan mengarahkan peguamcara saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi Ramli. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Abdul Rahman DahlanMohd Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan: 7 Saranan Untuk Kerajaan

17/03/2020
0

Salam. Beberapa cadangan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kita dalam Kabinet: 1. Benarkan pengusaha kimia untuk...

Lantikan Rafizi Ialah Hak Istimewa Presiden Parti

29/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR merupakan hak istimewa Presiden PKR, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd