• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puluhan Mayat Ditemui Di Timur Mexico

oleh AK-47
15/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VERACRUZ – Puluhan mayat manusia ditemui di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), yang ditinggalkan di sebatang jalan raya di negeri Veracruz, timur Mexico, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Penemuan mayat pada Sabtu malam itu, dipercayai mempunyai kaitan dengan keganasan membabitkan sindiket pengedaran dadah.

Beberapa bahagian badan manusia ditemui dalam SUV di Rafael Murillo Vidal Ave, di bandar Lomas del Tejar dan turut dijumpai sekurang-kurangnya tiga pesanan bertulis, termasuk ancaman terhadap pegawai-pegawai tempatan.

Ancaman itu ditujukan kepada Setiausaha Keselamatan Awam Veracruz Jaime Tellez Marie dan pengarah operasi tempatan, Gerardo Guzman. Ia dipercayai dilakukan sindiket dadah paling ganas di Mexico iaitu Los Zetas

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Veracruz menyaksikan banyak kejadian keganasan, misalnya pada Khamis lepas, empat mayat dalam keadaan mengerikan ditemui di bandar Sayula de Aleman, di bahagian selatan negara itu.

Sementara pada 2 Januari lepas, lima orang dibunuh dan mayat mereka ditemui bergelimpangan di jalan raya di perbandaran Veracruz.

Menurut pihak risikan Mexico, sekurang-kurangnya tiga sindiket – Jalisco Nueva Generacion, Los Zetas dan El Golfo – bersaing untuk menguasai rangkaian pengedaran dadah dadah di Veracruz.

Berdasarkan angka terkini yang disediakan Sistem Keselamatan Awam Negara, sepanjang 11 bulan pertama tahun 2017, lebih daripada 1,700 “jenayah ganas” kebanyakannya berkaitan dengan pengedaran dadah dilaporkan berlaku di negeri itu. – BERNAMA-NNN-EFE

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd