• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Umum Dividen 4 Peratus SSPN1M Bagi 2017

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) 2017 sebanyak 4 peratus bagi dua produk simpanannya iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata pemberian dividen itu melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM92.56 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih 3.2 juta pendeposit SSPN1M.

“Kadar 4 peratus dividen SSPN1M 2017 ini adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang dibuat bagi deposit yang diterima oleh PTPTN.

“PTPTN masih dapat mengekalkan kadar dividen SSPN1M yang diberikan seperti tahun sebelumnya walaupun 2017 merupakan tahun yang mencabar,” katanya.

“Sehingga 2016, PTPTN mengeluarkan sebanyak RM288.6 juta bagi tujuan pengagihan dividen kepada pendeposit,” katanya pada Majlis Pengumuman Dividen 2017 Skim SSPN1M di Menara PTPTN, hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul berkata SSPN1M mencatatkan jumlah deposit sebanyak RM3.3 bilion dengan 3.2 juta akaun sejak diperkenalkan pada 2004 hingga 31 Disember 2017.

Prestasi penabungan SSPN1M bagi 2017 juga meningkat sehingga RM727.40 juta melepasi sasaran asal sebanyak RM550 juta dengan 447,039 akaun baharu dibuka oleh pendeposit.

“Ini secara tidak langsung memberi petunjuk masyarakat telah mula membuat persediaan lebih awal untuk pendidikan anak-anak selain mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman untuk pendidikan tinggi,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran bagi 2018, Shamsul berkata PTPTN menyasarkan kutipan deposit sebanyak RM600 juta dengan penambahan pembukaan kira-kira 350,000 akaun baharu.

Sementara itu, Shamsul berkata kerajaan menerusi Bajet 2018 akan memberikan Insentif Khas Geran Sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM500 terhad kepada 500,000 akaun terawal.

“Bermula 1 Januari 2018, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan terkumpul sehingga RM500, sama ada melalui pembukaan akaun baharu atau penambahan deposit bagi kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun akan menerima deposit tersebut.

“Kita mendapat sambutan menggalakkan mengenai insentif ini di mana sejak Januari lepas sehingga kini, sebanyak 41,900 akaun baharu layak mendapat geran tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd