• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program NBOS Beri Sinar Kepada Pekebun Rambutan

oleh Ahmad Albab
23/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Sekitar awal tahun lepas, pekebun dari Rumah Helary, Nyelam di sini mengambil keputusan untuk menebang lebih 200 pokok rambutan Anak Sekolah kerana kecewa sukar menjual buah itu selain berdepan pelbagai cabaran.

Lebih 10 penduduk di situ mula menanam rambutan Anak Sekolah sejak lapan tahun lepas, namun pada 2017 hanya tinggal lapan orang masih menanam pokok-pokok buah tempatan tersebut di ladang penempatan masyarakat Iban yang terletak kira-kira 30 kilometer (km) dari bandar Sri Aman.

Bercakap kepada Bernama, Bright Kichen, 56, berkata rata-rata pekebun bertindak menebang pokok itu kerana menyifatkan tanaman tersebut tidak memberi hasil seperti yang diharapkan, pasaran tidak luas dan cabaran untuk membawa keluar buah rambutan itu dari ladang yang terletak kira-kira 3km dari jalan utama.

“Cabaran untuk memetik dan mengeluarkan buah dari ladang paling menyeksakan, tiada akses jalan yang baik untuk masuk ke ladang, malah kami terpaksa menempuh semak samun, jalan berpaya dengan air separas pinggang. Apabila sudah dikeluarkan, buah perlu dikumpul di rumah panjang sebelum dijual.

“Kami terpaksa menjual sendiri buah rambutan yang ditanam di pasaran terdekat iaitu di Bandar Sri Aman, pada waktu itu kami menjual satu ikat mengandungi 30 biji pada harga RM1.50. Jadi, pada setiap musim buah rambutan pendapatan kami hanya sekitar ratusan ringgit sahaja,” katanya.

Berikutan kecewa dengan hasil yang tidak seberapa, Bright yang memiliki dua hektar tanah ladang yang ditanam dengan pokok rambutan mengambil keputusan untuk memotong pokok yang telah ditanam.

Katanya pada awal tahun 2017, hampir 10 pokok ditebang sebelum pegawai daripada Jabatan Pertanian Sarawak dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi nasihat supaya tidak berbuat demikian kerana pokok sudah mengeluarkan hasil.

“Pegawai Jabatan Pertanian Sarawak kemudian ke ladang, memeriksa jalan masuk dan membersihkan laluan sebelum membina jalan di bawah program Jalan Ladang Buah-buahan sepanjang 3km untuk memudahkan proses memetik dan membawa keluar buah rambutan itu.

“FAMA pula memberi peralatan seperti meja keluli tahan karat, bakul, mesin gergaji rantai, gunting dan lain-lain untuk memudahkan proses memetik, membersihkan, menggred buah, menyediakan lori hingga ke ladang, serta mengambil buah dari rumah panjang kami untuk dipasarkan.

“Malahan ada kakitangan FAMA yang tidur di rumah panjang untuk bersama-sama penduduk bekerja sehingga malam bagi membantu kami memetik buah rambutan,” katanya.

Bright berkata bantuan yang diberikan secara percuma menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara agensi serta jabatan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) amat dinantikan, dan hasilnya, mereka berjaya menjual 20 tan metrik buah rambutan Anak Sekolah sejak akhir Disember tahun lepas.

“Sebelum ini kami terpaksa menjual sendiri buah yang dipetik, atau peraih membeli pada harga 50 sen sekilogram. Namun sejak menjual kepada FAMA dengan harga yang jauh lebih munasabah kami memperoleh pendapatan berlipat kali ganda,” katanya.

Sejak hujung Disember lepas, FAMA sudah membeli lebih 50 tan metrik buah rambutan Anak Sekolah atau varieti R191 dari Rumah Helary, Nyelam, Rumah Nimong, Empelanjau dan Rumah Sepitson di Sri Aman untuk pasaran domestik dan eksport.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 1.9 tan metrik sudah dieksport untuk pasaran Eropah manakala bakinya dihantar untuk pasaran Sarawak, Sabah dan Semenanjung. – BERNAMA

Tags: NBOSPekebun Kecil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 menyaksikan peruntukan sebanyak RM676.4 juta disalurkan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA). Ikuti...

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

22/02/2023
0

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) sedang giat melaksanakan pemutihan data pekebun kecil pada tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd