• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Wanita Sertai PBB Wujudkan Keseimbangan Misi

oleh AK-47
15/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis Bukit Aman berkata penyertaan anggota polis wanita dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bukan sahaja akan memperkasakan diri mereka dalam menjalankan tugas memelihara keamanan, tetapi juga mewujudkan keseimbangan dari segi gender dalam pasukan polis badan dunia itu.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Polis Diraja Malaysia DCP Datuk Narenasagaran Thangaveloo berkata anggota polis wanita mampu melaksanakan tugas dengan lebih baik dalam bidang tertentu seperti mendampingi kanak-kanak dan orang tua serta membantu kumpulan yang memerlukan bantuan dalam sesuatu misi PBB.

“Mereka juga mampu bertindak seperti seorang ibu kerana seseorang ibu bersikap baik hati dan lemah lembut untuk memberi khidmat kepada mereka (kumpulan sasaran) dengan lebih berkesan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Kursus Pembangunan Kemantapan Pegawai Kanan Polis Wanita di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Mengenai kursus itu, beliau berkata ia bertujuan meningkatkan kualiti kepimpinan dan kemampuan pegawai kanan polis wanita.

Katanya, seperti lelaki, wanita juga mampu bersaing dan belajar daripada satu sama lain untuk melaksanakan misi mereka di lapangan.

Sementara itu, Penasihat Polis PBB di Jabatan Operasi Pengaman, Pesuruhjaya Luis Carrilho berkata anggota polis wanita mampu mencorakkan kerjaya masing-masing ke arah yang lebih baik melalui penglibatan dalam misi PBB.

Bagaimanapun, beliau mengakui ketika ini, majoriti pegawai polis dalam misi PBB terdiri daripada lelaki.

Empat puluh tiga pegawai kanan polis wanita dari 22 negara menyertai kursus itu yang diadakan selama tujuh hari, bermula 14 Jan. – BERNAMA

Tags: DCP Datuk Narenasagaran ThangaPBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd