• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Rampas Dadah

oleh Ahmad Albab
12/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sepasang suami isteri ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes rampasan dadah bernilai RM194,976 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata pasangan terbabit ditahan petang semalam oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching diketuai Inspektor Khairul Faiz Mohd Zaini di tempat letak kereta sebuah apartmen di Jalan Usaha, Muara Tabuan di sini.

Katanya ketika ditahan, suspek lelaki berusia 45 tahun itu dengan sendirinya menyerah kepada polis satu plastik hitam yang mengandungi dadah disyaki jenis syabu seberat 2.10 gram manakala di dalam beg galas suspek dijumpai 100 biji pil Erimin 5 seberat 27.66 gram.

“Suspek turut mengaku ada menyimpan dadah di dalam rumahnya di apartmen tempat dia ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek, pasukan polis menjumpai satu beg kertas di atas lantai yang mengandungi 163 paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki syabu seberat 611.79 gram dan 140 biji pil disyaki pil jenis Erimin 5 seberat 180.63 gram,” kata Abang Ahmad pada sidang akhbar di IPD Kuching di sini hari ini.

Beliau berkata keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM194,976 dan turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM2,000 serta sebuah kereta Toyota Vios.

​​​​​​​“Turut ditahan ialah seorang wanita berusia 40 tahun, iaitu isteri suspek warga negara Indonesia yang berada di dalam rumah tersebut ketika serbuan dilakukan,” kata Abang Ahmad.

Menurutnya keputusan ujian saringan awal mendapati suspek lelaki warga tempatan positif dadah jenis methamphetamine, manakala isteri suspek bebas daripada sebarang dadah.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan mereka akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, katanya.

Menurut ACP Abang Ahmad lagi, polis percaya dadah yang dirampas itu adalah diperoleh daripada pembekal tempatan untuk kegunaan penagih di negeri ini dan jumlah itu dipercayai boleh menampung keperluan 500 orang penagih. – BERNAMA

Tags: dadahSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd