• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Pisau Bunuh Stesen Minyak Di Laluan Desaru

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan pisau yang digunakan untuk menikam mangsa dalam kejadian bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini pada 17 Dis lalu, dipercayai dibuang di laluan Desaru, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata ia merupakan hasil siasatan yang dijalankan terhadap suspek utama kes terbabit.

“Polis sedang mengenalpasti tempat suspek membuang pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa ketika dalam perjalanan ke Desaru,” kata beliau.

Katanya, siasatan pasukan khas turut mendapati suspek utama pernah terlibat dengan dua kejadian samun di daerah Kulai dan Batu Pahat.

“Kita akan lakukan siasatan rapi dan dalam tempoh terdekat ini akan kemukakan hasil dan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis serah terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Negeri yang baharu di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata pasukan khas itu sehingga kini masih menjalankan siasatan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya kini di peringkat menyelesaikan kertas siasatan berhubung tangkapan membabitkan Ops Darjah untuk dibawa ke Pejabat Peguam Negara.

“Selain kes bunuh stesen minyak, ini adalah antara kes berprofil tinggi yang direkodkan pada suku keempat tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan SAC Kamaluddin Kasim mengambil alih tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor daripada Datuk Azman Ayob.

Azman pula bakal bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK). – BERNAMA

Tags: kes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd