• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petros Rancang Untuk Aktif Dalam Tempoh 2 Tahun

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Petros, syarikat minyak dan gas dilmiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak menyasarkan akan mula aktif dalam industri minyak dan gas dalam tempoh dua tahun.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Petros akan cuba mengekploitasi segala peluang dalam industri minyak dan gas setelah beroperasi kelak.

“Tunggu dua tahun lagi untuk Petros terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas, “katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Miri Zon 10 di sini, hari ini.

Untuk rekod, Petros ditubuhkan secara rasmi pada Ogos 2017 untuk membolehkan penyertaan terus kerajaan negeri dalam industri minyak dan gas di Sarawak.

Pada November 2017, Pengerusi Petros Tan Sri Hamid Bugo dipetiksebagai berkata, Petros dijangka beroperasi pada suku pertama 2018 dan kini sedang mencari calon sesuai mengisi kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Johari mencadangkan kaedah promosi pelancongan di Miri ditukar dengan menggunakan kaedah “Realiti Maya.”

“Tanah tinggi Bario serta pantai di Bekenu di Miri amat sesuai menggunakan kaedah berkenaan bagi menarik kedatangan pelancong, ” katanya.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga penyelaras PBB Zon 10, Datuk Gerawat Gala berkata, mesyuarat perwakilan dari lapan cawangan PBB di sini sebulat suara menyokong untuk mengekalkan kepimpinan PBB sedia ada.

Gerawat berkata, keputusan sebulat menyokong Johari kekal sebagai Presiden PBB, tiada pertandingan untuk dua jawatan Timbalan Presiden dan tiada pertandingan untuk jawatan Ketua Pemuda serta Ketua Wanita dalam mesyuarat agung perwakilan parti itu bulan depan.

“Kami akan bekerja keras bersama dengan parti komponen Barisan Nasional lain untuk merampas kembali kerusi Parlimen Miri daripada pembangkang ” katanya. – BERNAMA

Tags: Petros
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

17/03/2025
0

KUCHING: Pihak yang tidak terlibat dalam rundingan di antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd