• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Guru Rugi RM25,000 Beli Batu Permata ‘Sakti’

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pesara guru menanggung kerugian RM25,000 selepas terpedaya dengan seorang lelaki yang menjual ‘batu permata sakti’ kononnya mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berumur 78 tahun sebelum itu disapa seorang lelaki kira-kira 10 pagi di Pasar Besar Pekan bertanyakan sama ada dia hendak beli batu permata.

“Tidak lama kemudian datang seorang lelaki lain, dipercayai rakan subahat suspek menunjukkan kepada mangsa satu barang didakwanya berharga RM10,000 yang berjaya diperoleh dari kubur di Melaka menggunakan batu permata itu.

“Suspek mendakwa barang itu mahu dijual kepada seorang kenalan yang sedang menunggu di sebuah kedai dobi di Taman Tasik Sultan Abu Bakar menyebabkan mangsa berminat untuk mengetahuinya dan membawa kedua-dua suspek menaiki kenderaannya untuk berjumpa dengan pembeli berkenaan,” katanya.

Katanya, sebaik berjumpa dengan pembeli itu yang juga suspek ketiga, mangsa ditunjukkan demo khasiat batu permata tersebut dengan memasukkannya ke dalam bekas berisi air dan mendapati batu itu bercahaya merah.

Menurutnya setelah diterangkan tentang pelbagai khasiat batu permata itu, suspek ketiga telah meminta mangsa mengeluarkan RM2,500 untuk membeli batu tersebut dan berjanji akan membelinya dengan mangsa pada harga RM50,000.

Akibat tertarik dengan tawaran berkenaan mangsa kemudian telah pulang ke rumah untuk mengambil buku akaun Tabung Haji dan mengeluarkan wang berjumlah RM25,000 sebelum diserahkan kepada suspek.

“Selepas mendapat wang itu dan menyerahkan batu permata berkenaan, suspek telah meminta mangsa pergi ke masjid untuk menunaikan solat hajat bagi mendapatkan keberkatan dan sebaik selesai solat hajat, pengadu bagaikan tersedar.

“Dia kemudian pergi semula ke kedai dobi berkenaan untuk mendapatkan suspek, namun kesemua mereka telah hilang menyebabkan mangsa menyedari dirinya telah ditipu dan berikutan itu dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada 4.10 petang semalam,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu, katanya. – BERNAMA

Tags: Batu permataSupt Wazir Mohd Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kakitangan Kerajaan Rugi RM13,000 Akibat Macau Scam

01/03/2018
0

KUANTAN - Seorang kakitangan kerajaan negeri kerugian RM13,000 selepas terperdaya dengan panggilan palsu yang diterima, petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan...

Peniaga Ditipu Dengan Tawaran Anak Angkat

21/11/2017
0

KUANTAN - Akibat terlalu inginkan anak, seorang peniaga hampir-hampir kerugian RM7,000, diperdayakan oleh seorang kenalan laman sosial Facebook yang kononnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd