• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkeso Terima 175 Mohon Bantuan Interim SIP

oleh AK-47
10/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima 175 permohonan bantuan interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) setakat semalam, daripada individu yang hilang pekerjaan tahun ini sejak pelaksanaan sistem itu berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif SIP Datuk Mohd Sahar Darusman berkata pekerja yang kehilangan pekerjaan layak menerima faedah berbentuk elaun tunai berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh maksimum tiga bulan di bawah SIP.

“Majikan yang gagal mematuhi pelaksanaan SIP boleh dikenakan tindakan tegas antaranya kompaun atau denda RM10,000 atau penjara selama dua tahun,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat SIP bersama Industri Hospitaliti di sini, hari ini.

SIP bertujuan membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan terdiri daripada dua komponen iaitu bantuan kewangan sementara tiga hingga enam bulan dan bantuan carian pekerjaan serta latihan.

Antara bantuan kepada pencarum ialah Elaun Mencari Pekerjaan, Elaun Bekerja Semula Awal, Elaun Latihan dan Elaun Pendapatan Berkurangan (untuk pekerja yang mempunyai lebih daripada satu majikan).

Mereka yang layak menerima manfaat SIP ialah pekerja yang mengalami pemberhentian biasa, skim pemisahan sukarela/bersama(VSS/MSS), bencana alam, rusuhan, kebakaran, kebocoran gas, syarikat bankrap dan penutupan perniagaan.

Selain itu, mereka yang berhenti kerja kerana pengecilan operasi, kemungkinan terma atau syarat kontrak oleh majikan, diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan dan kesihatan serta perletakan jawatan disebabkan ugutan ke atas diri atau keluarga, atau disebabkan gangguan seksual juga layak mendapat manfaat daripada skim berkenaan.

Rang Undang-Undang SIP diluluskan Dewan Negara pada Disember tahun lepas.

Sementara itu, Mohd Sahar berkata Perkeso menyasarkan caruman sebanyak RM479.5 juta melalui program SIP bagi tahun ini, daripada 6.6 juta pekerja dan 430,000 majikan yang telah berdaftar di bawah agensi itu. – BERNAMA

Tags: Perkeso
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd