• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Jual Nasi Bajet RM2, Air RM1 Bantu Pelajar

oleh Ahmad Albab
09/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Sepasang suami isteri mengambil inisiatif menjual nasi bajet bagi membantu golongan pelajar menikmati hidangan lazat pada harga murah.

Terkenal dengan jolokan Kedai Makcik Seringgit, Noor Haliza Mohd Hashim, 44, dan suaminya, Mohamad Rozi Ishak, 48, telah beroperasi sejak enam tahun lalu di Jalan Pondok Labu di sini.

“Tarikan utama adalah harganya iaitu nasi set bajet berharga serendah RM2 dan air hanya RM1 dan saya jual ni sebab kesian kepada pelajar yang tak ada bajet besar untuk makan,” katanya kepada Bernama.

Katanya, bagi set nasi bajet, pelanggan boleh memilih beberapa jenis lauk seperti ikan sardin, telur goreng atau rebus, sosej atau kepingan daging dan sayuran.

“Pelanggan boleh pilih satu daripada lauk ini dan sayuran yang disukai dengan harga RM2.

“Air pula, semua jenis air yang dibancuh termasuk milo ais, teh ais, horlicks ais dan ia hanya RM1 kecuali minuman yang telah dipaket,” katanya.

Noor Haliza menambah, kedainya mula beroperasi pada 7 pagi sehingga 7 malam.

“Waktu kemuncak adalah tengah hari dan ketika ini golongan pelajar paling ramai dan memang mereka akan pesan nasi bajet untuk makan tengah hari,” katanya.

Selain itu, ramai pengunjung yang singgah ke kedainya untuk membeli air bungkus.

Katanya, kadang-kadang pelanggan memesan sehingga 20 bungkus air dan ada antaranya yang datang semata-mata mahu membeli air RM1.

Noor Haliza berkata harga tersebut langsung tidak merugikan perniagaannya malah menjadi tarikan ramai orang sehingga sentiasa dikunjungi setiap masa.

“Tak rugi sebab kalau rugi dah lama saya tak buat. Sudah lama saya berniaga dan lagi ramai orang datang adalah.

“Bab makan ni, saya tak nak berkira sangat. Janji harga berpatutan dan ramai orang boleh makan sampai kenyang,” katanya.

Sementara itu, pelajar kolej vokasional, Aiman Syafiq Iza Syarrizan, 18, berkata nasi ekonomi yang dijual di kedai tersebut lebih murah dari kantin kolejnya.

“Memang selalu saya dan kawan makan di sini terutama waktu tengah hari. Makanan di sini sedap dan harga lebih murah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nasi Bajetpeniaga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Angkat Rogol, Buat 900 Anak Yatim Hamba Seks

Next Post

“Arwah Terjun Ke Sungai Tak Timbul-Timbul”

Related Posts

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

Siasatan 5 Individu Termasuk Anak MB Perlis Turut Babitkan Minuman Untuk Raja

Komen Jelik Nahas Helikopter: Peniaga Hidap Bipolar Didenda RM23,000

26/04/2024
0

TAIPING: Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana mengeluarkan komen jelik berhubung nahas...

Next Post

"Arwah Terjun Ke Sungai Tak Timbul-Timbul"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd