• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

oleh Mohd Arshad
03/02/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Air Itam di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi terhadap suspek berusia 39 dan 48 tahun bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang.

Terdahulu, mangsa berusia 40 tahun itu dikatakan didatangi tiga suspek ketika dia berada di rumah bersama isterinya.

Dipercayai timbul perselisihan faham antara mereka sebelum seorang daripada suspek bertindak agresif dengan mengelar pipi kiri, dada dan betis mangsa menggunakan sebilah pisau.

Susulan itu, ketiga-tiga suspek dikatakan melarikan diri dan isteri mangsa yang melihat kejadian itu menelefon ambulans sebelum suaminya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut.

Difahamkan, polis sedang mengesan suspek utama kes itu.

BHonline-

Tags: Diremankelarpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Disyaki Kelar Isteri Hingga Mati Didakwa Hari Ini

Lelaki Disyaki Kelar Isteri Hingga Mati Didakwa Hari Ini

10/06/2025
0

TANGKAK: Penganggur yang ditahan selepas disyaki mengelar leher isterinya hingga mati minggu lalu serta melakukan khianat dengan api terhadap keluarga mentua, akan...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd