• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah JPS Antara 3 Direman Bantu Siasatan

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran antara tiga individu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa.

Perintah tahanan reman sehingga 5 Feb itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Rendah Alor Setar Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim di sini hari ini.

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan pengarah berumur 60 tahun itu bersama pemilik dua buah syarikat berumur 39 dan 50 tahun di sebuah pejabat SPRM.

SPRM turut menyita akaun bank berjumlah RM2.9 juta dan merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah seorang pemilik syarikat yang ditahan itu.

Pengarah terbabit disyaki menerima wang rasuah sebanyak 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan JPS di sebuah negeri kepada kontraktor-kontraktor dilantik sejak 2014 hingga 2017.

Manakala dua individu yang merupakan pemilik syarikat dipercayai bersubahat dengan pengarah tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahPengarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dijangkiti Parasit Kerana Jalan Kaki Ayam Di Pantai

Next Post

Ezzaty Bedah Buang Ketulan Pada Dada

Related Posts

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes seorang perunding bebas yang juga anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri yang berdepan pertuduhan menerima...

Next Post

Ezzaty Bedah Buang Ketulan Pada Dada

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd