Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Video: Pendandan Potong Rambut...

KEBIASAANNYA, kita hanya melihat pendandan rambut menggunakan pelbagai jenis gunting yang datang dalam...

Budak Masuk ICU, Jururawat...

AKIBAT kecuaian, seorang budak lelaki berusia 14 tahun terpaksa dimasukkan ke unit rawatan...

Pasar Ini Popular Dengan...

JELIK... Tikus mungkin dianggap sebagai haiwan mamalia kecil yang cukup menjijikkan manusia kerana...

Balu CEO Cradle Fund...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Samirah Muzaffar, balu Ketua Pegawai Eksekutif...

Dijangkiti Parasit Kerana Jalan Kaki Ayam Di Pantai

SEPASANG kekasih tidak menyangka percutian mereka ke Republik Dominica bertukar menjadi kisah ‘ngeri’ apabila kaki mereka dijangkiti parasit selepas berjalan di pantai tanpa memakai kasut.

Katie Stephens, 22, dan Eddie Zytner, 25 berkata, ketika berada di sebuah resort d Punta Cana, pada awal bulan ini, kaki mereka sudah berasa gatal.

“Kami menggaru kaki dengan kerap,” katanya Katie kepada CTV News. Sekembalinya ke rumah mereka di Ontario, Kanada pada 18 Januari lalu, Eddie berkata, kakinya semakin bengkak dan berair.

Pasangan itu kemudiannya mendapatkan rawatan doktor dengan dua doktor terkejut setelah memeriksa keadaan kaki mereka.

Hanya doktor ketiga yang dapat mengesan jangkitan tersebut selepas mendapati simptom sama berlaku kepada seorang pelancong yang melancong ke Thailand.

Katie dan Eddie dimaklumkan bahawa mereka dijangkiti larva migrans, yang kemungkinan besar ketika mereka berjalan di pantai tanpa memakai kasut.


Menurut doktor, ia boleh dirawat dengan ubat yang dikenali sebagai ivermectin.

Namun malangnya mereka berdepan dengan masalah kerana Jabatan Kesihatan Kanada menolak permintaan mereka untuk mendapatkan ubat tersebut disebabkan kes mereka tidak teruk.

Nasib baik ibu Katie sanggup memandu ke Detroit, Michigan untuk mendapatkan ubat di farmasi.

Ubat itu telah memberikan kesan yang besar sejak tiga hari pertama rawatan dilakukan “saya rasa lega,’’ kata Eddie. – MYNEWSHUB.CC

Kategori