• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dihukum Mati Bunuh, Rogol Suri Rumah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini selepas disabitkan bersalah membunuh seorang suri rumah pada 2015.

Mohammad Awari Ahmad, 25, turut dihukum penjara 18 tahun dan 12 sebatan bagi kesalahan merogol suri rumah itu hingga menyebabkan kematian mangsa.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhi hukuman tersebut terhadap tertuduh Mohammad Awari, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohammad Awari dituduh membunuh dan merogol suri rumah berkenaan yang ketika itu berusia 25 tahun, antara pukul 12.20 tengah malam hingga 2 pagi dalam sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Batu Papan, Gua Musang pada 1 Mac 2015.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 376(4) kerana merogol sehingga menyebabkan kematian mangsa yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Terdahulu, Hakim Ahmad menolak alasan tertuduh yang mendakwa dia tidak berniat untuk membunuh mangsa kerana hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan kelaran di leher si mati.

“Malah, anak lelaki sulung mangsa yang ketika itu berusia lima tahun, ketika dipanggil sebagai saksi turut mendakwa ibunya disembelih ketika kejadian itu berlaku.

Tertuduh juga ada niat untuk mendatangkan kecederaan kerana menukar kayu kepada parang selepas memecah masuk rumah mangsa untuk merompak,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shaharaliza Ab Razak manakala tertuduh diwakili peguam Latifah Ariffin. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd