• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Cedera Dalam Letupan Tiada Unsur Jenayah

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Polis menjelaskan kejadian seorang penganggur cedera parah dalam kejadian letupan di Kampung Sebiew di sini malam tadi tiada unsur kianat atau jenayah.

Ketua Polis Bintulu, Supt. Zulkipli Suhaili berkata lelaki tempatan berumur 27 tahun itu melecur di kedua-dua kaki, tangan, leher dan muka akibat letupan daripada wayar yang dibakar di belakang rumah sewa lelaki itu pada kira-kira 7.25 malam tadi.

“Saya menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zuklipli berkata, hasil siasatan Unit Bom Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati letupan kecil itu berlaku ketika mangsa sedang membakar wayar untuk mendapatkan tembaga di dalamnya.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur khianat atau jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dan menurutnya mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan. – BERNAMA

Tags: Jenayahletupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd