• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Bunuh Budak Berdepan Hukuman Mati

oleh Ahmad Albab
19/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Seorang pengganggur berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tiga bulan, pada 3 Jan lalu.

Tertuduh, S. Mosas, 24, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan sekadar menggangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Mohammad Salehudin Abd Sani.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas J. Paul Ebinesan di Flat Temenggong, Jalan Perak dalam daerah ini pada 3 Jan dari 5.30 petang hingga 7 malam.

Tertuduh yang juga teman lelaki ibu mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan hari ini tidak menawarkan sebarang wang jaminan ke atas tertuduh selepas mengambil kira kes serius dan melibatkan seorang kanak-kanak.

Mahkamah menetapkan 28 Mac ini bagi sebutan semula kes serta penyerahan laporan bedah siasat mangsa. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd