• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Perlu Beri Sokongan Demi Kegemilangan Felda

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu peneroka memberi sokongan penuh kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi mengembalikan institusi itu ke tahap gemilang seperti yang dicapai sebelum ini.

Beliau berkata Felda telah membuktikan ia bukan sebuah agensi yang muflis seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu dan telah berjaya mengatasi masalah aliran tunai yang dihadapi sebelumnya.

“Buktinya pada hari ini, seramai 430 peneroka akan menerima hak milik tanah mereka iaitu merangkumi 430 lot hak milik bagi tapak rumah dan 521 lot hak milik tanah bagi tapak kebun di Felda Pemanis 2 ini.

“Walau bagaimanapun, jumlah keluasan keseluruhan yang diterima masih dalam skala lebih kurang empat Hektar (10 ekar),” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan hak milik tanah kepada 430 peneroka Felda Pemanis 2, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat.

Mohamed Khaled turut menasihati peneroka agar tidak cepat percaya dengan khabar angin yang dibawa oleh pihak tidak bertanggung jawab untuk cuba memburuk-burukan Felda sebaliknya perlu memberi kepercayaan penuh kepada pengurusan Felda.

Katanya kerajaan negeri akan sentiasa mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan Felda dari semasa ke semasa dan tidak akan bertindak lepas tangan.

“Kerajaan negeri telah merancang pelbagai inisiatif yang besar untuk Felda di Johor antaranya ialah pada tahun lalu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 juta dana Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan jambatan di kawasan-kawasan Felda seluruh Johor.

“Selain itu kerajaan negeri juga bersetuju untuk mengambil alih dan menanggung penyelenggaraan 65 buah sekolah agama di seluruh Felda Johor dan juga mengkhususkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta melalui Tabung Latihan Kemahiran Johor bagi membantu anak-anak Felda,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kemajuan projek Littoral Combat Ship (LCS) berada pada tahap memuaskan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd